may Allah Bless you

Thursday 22 September 2011

Penderitaan Nabi SAW 1


Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Ja'far ra. katanya: Apabila
Abu Thalib telah meninggal dunia, mulailah Nabi SAW diganggu dan
ditentang secara terang-terangan. Satu peristiwa, beliau telah dihadang
di jalanan oleh salah seorang pemuda jahat Quraisy, diraupnya tanah dan
dilemparkan ke muka beliau, namun beliau tidak membalas apa pun.

Apabila beliau tiba di rumah, datang salah seorang puterinya, lalu
membersihkan muka beliau dari tanah itu sambil menangis sedih melihat
ayahnya diperlakukan orang seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah SAW
kepada puterinya itu: 'Wahai puteriku! Jangan engkau menangis begitu,
Allah akan melindungi ayahmu!' beliau membujuk puterinya itu.

Beliau pernah berkata: Sebelum ini memang kaum Quraisy tidak berani
membuat sesuatu seperti ini kepadaku, sehinggalah selepas Abu Thalib
meninggal dunia, mulailah mereka menggangguku dan mengacau
ketenteramanku. Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya
karena menyesali perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai paman!
Alangkah segeranya mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari
mataku!

(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)

Thabarani telah memberitakan dari Al-Harits bin Al-Harits yang
menceritakan peristiwa ini, katanya: Apabila aku melihat orang ramai
berkumpul di situ, aku pun tergesa-gesa datang ke situ, menarik tangan
ayahku yang menuntunku ketika itu, lalu aku bertanya kepada ayahku:
'Apa sebab orang ramai berkumpul di sini, ayah?' 'Mereka itu berkumpul
untuk mengganggu si pemuda Quraisy yang menukar agama nenek-moyangnya!'
jawab ayahku. Kami pun berhenti di situ melihat apa yang terjadi. Aku
lihat Rasulullah SAW mengajak orang ramai untuk mengesakan Allah
azzawajaila dan mempercayai dirinya sebagai Utusan Allah, tetapi aku
lihat orang ramai mengejek-ngejek seruannya itu dan mengganggunya
dengan berbagai cara sehinggalah sampai waktu tengah hari, maka
mulailah orang bubar dari situ.

Kemudian aku lihat seorang wanita datang kepada beliau membawa air dan
sehelai kain, lalu beliau menyambut tempat air itu dan minum darinya.
Kemudian beliau mengambil wudhuk dari air itu, sedang wanita itu
menuang air untuknya, dan ketika itu agak terbuka sedikit pangkal dada
wanita itu. Sesudah selesai berwudhuk, beliau lalu mengangkat kepalanya
seraya berkata kepada wanita itu: Puteriku! lain kali tutup rapat semua
dadamu, dan jangan bimbang tentang ayahmu! Ada orang bertanya: Siapa
dia wanita itu? jawab mereka: Itu Zainab, puterinya - radhiallahu anha.

(Majma'uz-Zawa'id 6:21)

Dalam riwayat yang sama dari Manbat Al-Azdi, katanya: Pernah aku
melihat Rasulullah SAW di zaman jahiliah, sedang beliau menyeru orang
kepada Islam, katanya: 'Wahai manusia sekaliani Ucapkanlah 'Laa llaaha
lliallaah!' nanti kamu akan terselamat!' beliau menyeru berkali-kali
kepada siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada orang
yang meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya,
ada yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari.

Kemudian aku lihat ada seorang wanita datang kepadanya membawa sebuah
kendi air, maka beliau lalu membasuh wajahnya dan tangannya seraya
menenangkan perasaan wanita itu dengan berkata: Hai puteriku! Janganlah
engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ... ! Berkata
Manbat: Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orangorang di situ: Dia
itu Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik.

(Majma'uz Zawa'id 6:21)

nama anak-anak