may Allah Bless you

Friday 25 May 2012

Lirik Lagu Legasi Mat Che Su

zaman mat che su
main bola tu hebat sengoti
loni team baru
tengok gayo tu koho jadi

hari ni di surat koba
dale tibi dok kecek belako
di bawah naungan kafa
kelate meney banyak piala

jurulatih pandai ngatur
strategi luar biasa
formasi hok kito susun
sime darby pun tok leh baco

bilo shakir pegey bola
buleh control di atas padey
choh thru ball ko pia
lepah patoh kaki koho neley

gu lawe nok masuk rapat
subra ilek chah tehey
jange dey daudsu ambak
buleh bola piung dio tendey

nok senyum tu jare-jare
abih gu lawe takut mat yo
di kaki supo ado gam
olek bola pah ko dale gol

peminat hok ramai skali
khairul fahmi ni kelah model
walau banyok kontroversi
tetap hebat di atas padey

berito bola kelate
kelate.net lah tempat dio
walau dok di england
skali pecek bruh tubek blako


Nama kuda tunggangan Nabi Muhammad S.A.W

Al-Baladhuri menyatakan: Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: " Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen."

Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata," Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen."

Mengikut riwayat Dar Qutni ( 2: 552) Sanjah adalah kuda Rasullullah saw yang sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan Rasullullah saw begitu gembira."

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.

Baginda Rasullullah saw juga memilki seeokor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.

Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.

Iman Ahmad bin Hanbali telah meriyawatkan dalam kitabnya "Masnad' dimana Anas telah ditanya " Adakah Rasulullah saw memasuki pertandingan kuda ?" Anas menjawan "Ya"
"Demi Allah, baginda berlumba dengan kudaNya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira." Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.

Jarak pertandingan:
Dari Hafiya ke Thaniyyat al-Wada ( 60 ghalwa = 5 hingga 6 batu ) untuk kuda dewasa=8.04672 km - 9.656064 km
Dari Thaniyyat al-Wada ke Banu Zurayk ( 10 ghalwa = 1 batu ) untuk kuda muda=1.609344 km

Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw:

"Kuda yang baik adalah kuda-kuda hitam, terdapat jalur puteh dikepala dan mempunyai warna puteh dibibir bahagian atas," (Hadith Bukhari )


Sunday 20 May 2012

http://www.theequinest.com/breeds/arabian-horse/

Saturday 19 May 2012

Kisah Syaitan Gemuk Dan Syaitan Kurus


Suatu ketika Abu Hurairah ra.,salah seorang sahabat Nabi yang terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir.
Syatan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian.Syaitan gemuk itu bertanya pada syaitan penggoda kaum mukmin yang kurus,
“Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan tidak berpakaian?”
Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca basmilah menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum ia membaca basmilah menyebut nama Allah, maka aku tetap lapar dan haus.
Ketika memakai minyak ia menyebut nama Allah, maka aku tetap kusut. Dan ketika memakai baju ia juga menyebut nama Allah sehingga aku tetap tidak berpakaian! “Syaitan gemuk menyahut, “Kalau begitu aku beruntung. Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama Allah.
Pada waktu makan ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut minyakkan. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut memakai pakaiannya.”
Begitulah, betapa agung faedah membaca basmilah. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca “Bismillahirrahmanirrahim !”
Malah dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda, bahawa rumah yang dibacakan basmilah maka setan tidak akan tinggal dan bermalam di dalamnya.
Baginda Rasulullah SAW mengajarkan agar umatnya memulakan segala perbuatan baiknya dengan membaca basmilah, menyebut nama Allah SWT. Agar perbuatannya itu benar-benar penuh berkah, tidak diganggu syatan dan mendapatkan redha dari Allah Yang Maha Rahman.

Thursday 17 May 2012

MAT CHE SU LAGENDA BOLA SEPAK KELANTAN


BAKA KUDA HURUF Z


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (Z)

Jenis Baka : Zangersheide
Negara : Belgium
Kegunaan : Kuda pertunjukan
Catatan : Kuda ini berasal dari Zangersheide, Belgium. Ia merupakan
baka kuda yang mampu melakukan lompatan dengan
sangat baik.

Jenis Baka : Zeeland
Negara : Belanda
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Kuda ini banyak mempengaruhi kuda Belgium namun tidak
banyak maklumat mengenainya.

Jenis Baka : Zhumd
Negara : Lithuania
Kegunaan : Pengangkutan
Mengembala kambing
Catatan : Kuda ini berasal dai Lithuania dan berasal dari keluarga
Konik. Ia kemudiannya dipengaruhi oleh baka kuda Arab
dan banyak digunakan untuk tujuan pengangkutan dan
mengangkut barang.

Jenis Baka : Zweibrücker
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Pasukan tentera
Menarik pedati
Catatan : Kuda ini berasal dari Zweibrücken Jerman. Kuda ini
dihasilkan untuk keperluan harian dan kegunaan tentera
pada masa itu.

Saturday 12 May 2012

Fakta Menarik Tentang Kuda.

Di Malaysia, kuda mungkin antara haiwan yang sering dipandang hebat dan gagah tetapi misteri. Di sini, kudapantas akan cuba berkongsi beberapa fakta tentang kuda supaya MISTERI tentang kuda dalam masyarakat Malaysia dapat diubah secara beransur-ansur. Tahukah anda kuda sebenarnya…….

* Kuda berasal dari keluarga “Equus”. Perkataan ini berasal dari zaman Yunani purba dan bermakna kelajuan.
* Lebih daripada 350 baka kuda yang boleh didapati di seluruh dunia.
* Umur kuda dapat dihitung dari keadaan gigi kuda itu sendiri.
* Kuda menggunakan ekspresi muka untuk berkomunikasi.Malah emosi mereka boleh dilihat dengan perubahan bentuk hidung, mata dan telinga.
* Kuda akan menghabiskan lebih banyak tenaga jika berada dalam keadaan berbaring.
* Kuku kuda sama seperti kuku manusia, ia sentiasa berkembang dan perlu dipotong.
* Mana-mana jenis tanda, yang muncul di dahi kuda, dipanggil bintang.
* Kuda dapat berjalan, berlari kecil, dan belari.
* Kuda biasanya hidup selama kira-kira 20 hingga 30 tahun.
* Dalam kebanyakan kes, anak kuda dilahirkan pada waktu malam.
* Anak kuda yang baru lahir memerlukan 1-2 jam untuk berdiri dan berjalan.
* Kuda biasanya berwarna hitam, coklat, krim atau kelabu dan kadangkala ditemui dalam warna campuran.
* Kuda mempunyai dua bintik buta; terletak di hadapannya dan sebahagian lagi tepat di belakangnya.
* Baka kuda yang dipanggil Akhal-Teke dari Rusia boleh berlari untuk beberapa hari tanpa air atau makanan.
* “Old Billy,” adalah kuda tertua pernah direkodkan dan berusia 62 tahun.
* Falebella Argentina, adalah baka kuda terkecil.
* “Little Pumpkin,” adalah kuda terkecil dalam sejarah, ia mempunyai ketinggian 14 inci dan berat 20 lbs.
* “Samson,” adalah kuda tertinggi yang pernah direkodkan.
* Kuda jantan dikenali sebagai stallion.
* Kuda betina dikenali sebagai mare.
* Anak kuda dikenali sebagai foal.
* Kuda betina muda dikenali sebagai filly.
* Bapa kuda dikenali sebagai sire.
* Ibu kuda dikenali sebagai dam.
* Kuda kecil dikenali sebagai pony.
* Leonardo da Vinci amat meminati kuda.
* Berat otak seekor kuda dewasa adalah kira-kira setengah otak manusia.
* Kuda tidak boleh muntah.
* Kuda pertama yang berjaya diklon adalah kuda Haflinger di Itali pada tahun 2003.
* Sehingga tahun 1960-an, kuda Dartmoor telah digunakan untuk membawa banduan dari penjara.
* Perlumbaan sukan Olimpik Chariot pertama dimulakan pada tahun 680 SM
* Kuda suka rasa manis dan biasanya akan menolak apa-apa jua yang masam atau pahit.
* Seperti cap jari, setiap kuda belang mempunyai corak jalur yang unik.
* Kuda minum sekurang-kurangnya 25 gelen air sehari (lebih di kawasan beriklim panas).
* Gigi kuda tidak pernah berhenti membesar.
* Sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Ragweed adalah penyebab utama kematian kuda jika dibandingkan dengan tumbuhan lain.
* Kuku kuda mengambil masa 9-12 bulan untuk tumbuh semula.
* Lukisan kuda telah didapati dalam gua yang bertarikh sekitar 15000 SM
* Anda boleh tahu jika kuda berada dalam keadaan kesejukan dengan merasai di belakang telinganya. Jika ia sejuk, bermakna kuda juga kesejukan.
* Kuda mempunyai 16 otot di setiap telinga, membolehkan mereka memutarkan telinga sehingga 180 darjah.
* Menurut cerita rakyat Arab, kuda bewarna chestnut adalah kuda yang paling cepat dan paling berani jika dibandingkan dengan kuda warna lain.
* Tempoh matang untuk kuda ialah 11 bulan, bagi keldai betina adalah 12 bulan.
* Tanda kecil di kulit kuda Arab (biasanya di bahagian leher atau bahu) dianggap keturunan kuda yang pernah disentuh oleh Nabi Muhamad dan dianggap bertuah.
* Suku kaum Mongolia telah menjinakkan kuda kira-kira 5000 tahun yang lalu.
* Lagenda mengatakan bahawa kuda Arab telah dicipta oleh Allah, daripada angin selatan.
* Kuda mempunyai memori jangka panjang yang besar, (terutama bagi tempat-tempat yang mereka pernah lalui).
* Terdapat patung kuda putih bersaiz besar yang diukir dari kapur dan ditempatkan pada beberapa lereng bukit di England. Menurut cerita rakyat Inggeris, salah satu kuda kapur berkenaan akan bangun dan menari apabila takhta kerajaan England kembali kepada keturunan Raja Athur.
* Anda boleh tahu jika kuda kekurangan air dalam badan dengan mencubit kulitnya, jika kulit mengambil masa untuk kembali dari kesannya, bermakna kuda berkenaan memerlukan air.
* Muzium kuda yang terbesar di dunia adalah Muzium Kuda Antarabangsa di Kentucky Amerika.
* Kuda adalah haiwan sosial dan akan murung jika ia dibiarkan di kandang sahaja.
* Kuda Arab mempunyai tulang rusuk yang kurang daripada baka kuda lain.
* Apabila kuda berlari, kuda akan mengambil nafas dengan lebih tenang.
* Kuda akan menangis sekiranya kehilangan pasangannya ataupun tuannya.

Thursday 10 May 2012

BAKA KUDA HURUF E


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (E)


Jenis Baka : Einsiedler
Negara : Switzerland
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Halfbred Switzerland. Kuda
ini pada asalnya dibiakkan di Biara Benedictine Einsiedeln
pada tahun 1064. Pada masa lalu, kuda-kuda ini biasanya
digunakan sebagai kuda perang untuk tentera
Switzerland. Kuda ini popular kerana mempunyai ciri-ciri
fleksibeliti yang baik.

Jenis Baka : Eriskay
Negara : Scotland
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Kuda persembahan
Kuda pedati
Kuda Terapi
Catatan : Kuda ini merupakan kuda yang benar-benar tulen tanpa
pengaruh kuda lain. Ia boleh ditemui di kepulauan Hebrides, Scotland.

Jenis Baka : Erlenbach
Negara : Switzerland
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini dipercayai telah pupus di Switzerland pada abad
ke-18. Namun, kuda ini sangat dikenali di seluruh Eropah
sebagai kuda pedati terbaik terutamanya semasa era Revolusi Perancis.

Jenis Baka : Erlunchun
Negara : China
Kegunaan : Kuda untuk memburu
Kuda riadah
Kuda pengangkutan
Pengangkut barang
Catatan : Kuda ini pada awalnya dibiakkan untuk kegunaan tentera
China selain untuk tujuan memburu. Ia berkebolehan bergerak di pelbagai laluan dan bentuk muka bumi. Kuda ini mempunyai pengaruh kuda Mongol yang kuat. Ia mampu bergerak dalam jarak yang jauh selain mudah dijaga tanpa perlu pengawasan rapi seperti sesetengah kuda.

Jenis Baka : Esperia
Negara : Itali
Kegunaan : Mengangkut barang
Kuda persembahan
Catatan : Kuda ini mempunyai langkah yang besar dan sering
digunakan untuk aktiviti sukan kuda. Baron Ambrogio di
Esperia telah membiakkan kuda ini dengan beberapa ekor
kuda dari Turki. Kuda ini hampir pupus semasa Perang
Dunia II kerana dijadikan sebagai sumber makanan.

Jenis Baka : Estonia
Negara : Estonia
Kegunaan : Kuda pertanian
Kuda tunggangan
Digunakan untuk pembakaan kuda lain
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Klepper. Ia merupakan
salah satu kuda yang memiliki ciri-ciri kuda utara. Kuda ini
dipercayai telah dibawa masuk oleh orang-orang Rusia
pada awal abad ke-14 dan awal abad ke-15 sebelum
tersebar ke seluruh Estonia.

Jenis Baka : Exmoor
Negara : Inggeris
Kegunaan : Kuda untuk mengembala ternakan
Kuda untuk aktiviti pertanian
Kuda pedati
Kuda perarakan
Kuda untuk jarak jauh
Catatan : Kuda ini mempunyai ciri-ciri kuda kuno. Ia dipercayai telah
wujud di dunia sejak dari zaman ais. Kuda ini mempunyai
pengaruh kuda Celtic. Kuda ini boleh dijinakkan tetapi
kebiasaannya kekal sebagai kuda liar yang agresif.
Sumber : /www.theequinest.com

Wednesday 9 May 2012

BAKA KUDA HURUF D


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (D)


Jenis Baka : Dahoman
Negara : Hungary
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda persembahan
Catatan : Kuda ini mempunyai pengaruh kuat kuda Arab. Kuda ini mula dibiakkan di Babolna, Hungary oleh seorang individu berbangsa Arab pada tahun 1846. Kuda ini pernah ditingkatkan kualitinya melalui kacukan dengan kuda Arab, Tadmor, Shagya dan Gidran. Hari ini, kuda Dahoman seringkali dikacukkan dengan kuda Thoroughbred Inggeris. Dari segi fizikalnya, kuda ini mempunyai ketinggian melebihi kuda Arab Shagya tetapi mempunyai kebolehan yang hampir sama. Ini menjadikannya sebagai pilihan yang tepat untuk aktiviti ketenteraan.

Jenis Baka : Danubian
Negara : Bulgaria
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pedati
Kuda beban
Menjaga ternakan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Dunav. Ia merupakan
kuda draft ringan yang dibiakkan di Bulgarian. Kuda ini mula dibiakkan pada tahun 1924 di Pleven, Bulgarian. Sejak dari awal lagi, kuda ini telah digunakan untuk aktiviti pertanian. Namun pada hari ini, ia mula dibiakkan semula untuk menghasilkan baka yang sesuai untuk acara sukan.

Jenis Baka : Darashouri
Negara : Iran
Kegunaan : Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Darashouli yang berasal
dari Fars, selatan Iran. Asal-usul kuda ini tidak diketahui.

Jenis Baka : Datong
Negara : China
Kegunaan : Kuda pertanian
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini dikatakan telah wujud 4000 tahun dahulu dan
merupakan antara hidupan asal di lembah Sungai Datong
di Utara Qinghai. Kuda ini sering dikaitkan dengan kuda
naga yang mempunyai kekuatan daya tahan yang luar
biasa. Ia dipercayai mula dikenali pada zaman Raja Mu
kerana diabadikan dalam karya ukiran. Menurut
sesetengah pendapat, kuda ini mempunyai dua tulang kecil yang menonjol di dahinya seperti sepasang tanduk.

Jenis Baka : Dole Gudbrandsdal
Negara : Norway
Kegunaan : Tenaga kerja pertanian
Kuda riadah
Kuda lumba tradisional
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Ostlandhester, Dole dan
Norway Trotter Trotter. Ia mula dibiakkan dengan meluas
pada pertengahan abad ke-19. Selain itu, ia juga
mempunyai pengaruh kuda Friesian. Kuda ini terbahagi
kepada dua jenis iaitu kuda yang digunakan untuk pertanian dan untuk tunggangan. Kuda ini turut digunakan dengan meluas dalam acara sukan kuda tradisional.

Jenis Baka : Dolny-Iskar
Negara : Bulgaria
Kegunaan : Membantu aktiviti penduduk setempat
Catatan : Kuda Dolny-Iskar berasal dari Utara Bulgaria.

Jenis Baka : Don
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan di kawasan gunung
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Donskaya. Baka ini dibiakkan di kawasan sungai Don dan kemudiannya menerima pengaruh kuda Arab, Karabakh dan Akhal-Teke. Nama kuda Don secara rasmi mula digunakan pada tahun 1549. Kuda ini amat terkenal disebabkan keupayaannya menghadapi peperangan Rusia-Perancis semasa zaman Napoleon.

Jenis Baka : Dongola
Negara : Sudan
Kegunaan : Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Dongolah atau Dongolawi.
Ia dipercayai berasal dari kawasan Dongala di Sudan.

Jenis Baka : Dosanko
Negara : Jepun
Kegunaan : Untuk kegunaan pertanian di daerah pergunungan
Pengangkutan
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Hokkaido. Ia berasal
dari Pulau Hokkaido, Jepun dan merupakan salah satu
keturunan kuda paling banyak ditemui di Jepun. Keturunan
kuda ini dipercayai dibawa ke pulau Hokkaido oleh nelayan
Korea sekitar abad ke-15. Kuda ini mempunyai pengaruh
kuda Mongolia. Kuda ini secara turun temurun dibesarkan
dalam iklim sejuk yang melampau sehingga mempengaruhi
bentuk fizikalnya menjadi lebih gemuk.

Jenis Baka : Drum
Negara : Inggeris
Kegunaan : Istiadat perarakan
Catatan : Kuda ini digunakan oleh rejimen Pasukan berkuda
Inggeris untuk acara perbarisan. Kuda ini memainkan
peranan membawa dua buah drum yang berat sepanjang
acara perbarisan.
Sumber : /www.theequinest.com

Tuesday 8 May 2012

BAKA-BAKA KUDA HURUF C


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (C)

Calabrese.jpg”>
Jenis Baka : Calabrese
Negara : Itali
Kegunaan : Kuda tunggangan
Sukan kuda
Kuda riadah
Catatan : Kuda ini mendapat nama bersempena dengan kawasan
Calabria di Itali selatan. Kuda ini mempunyai pertalian
keturunan dengan kuda pada zaman Yunani. Ia
mempunyai ciri istimewa yang membezakannya dari
kebanyakan kuda lain di Itali. Semasa pengaruh Islam
meluas di Sepanyol, kuda Arab turut dicampurkan di dalam
kuda Calabrese dan dapat dilihat sehingga kini.

Jenis Baka : Calvinia
Negara : Afrika Selatan
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda pedati
Kuda pertunjukan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Hantom. Ia telah
dibiakkan di bahagian Barat Afrika Selatan sepanjang abad
ke-19. Dalam tempoh itu, kuda ini telah dihasilkan melalui
percantuman kuda Arab dan kuda Boer. Kuda ini
mempunyai tingkah laku yang baik dan mudah dikendalikan.

Jenis Baka : Camargue
Negara : Perancis
Kegunaan : Kuda tunggangan
Mengembala ternakan
Kuda persembahan
Catatan : Kuda Camargue adalah salah satu keturunan yang tertua
di dunia dan dipercayai merupakan sisa-sisa haiwan
prasejarah yang pernah hidup di Perancis selatan. Kuda ini telah mengalami proses pembiakan secara semulajadi dan liar selama berabad-abad. Ekoran daripada itu, kuda ini telah memiliki kelasakan tubuh badan serta keupayaan meneruskan hidup dengan jumlah sumber makanan yang minima.

Jenis Baka : Camarillo Putih
Negara : Amerika
Kegunaan : Perarakan berkuda
Kuda tungangan
Catatan : Kuda ini mula dibiakkan secara aktif pada abad ke-20.
Keturunan asal kuda ini ialah seekor kuda yang bernama
Sultan. Kuda ini telah dibeli oleh Adolfo Camarillo dan
membawanya Ventura County untuk dibiakkan. Kuda
ini kemudiannya secara berturutan melahirkan anak-anak
kuda yang berwarna putih sehingga hari ini.

Jenis Baka : Campeiro
Negara : Brazil
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Kuda riadah
Kuda kerja
Catatan : Kuda ini dipercayai keturunan kuda Sepanyol dan kuda
Portugis. Pada tahun 1541, Cabeza de Vaca telah
mendarat di Brazil dan membawa 46 ekor kuda.
Kemudiannya sepanjang abad ke-19, kuda ini telah
digabungkan dengan kuda Arab dan akhirnya melahirkan
kuda Campeiro hari ini.

Jenis Baka : Campolina
Negara : Brazil
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda Dressage
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini terkenal kerana satu-satunya kuda yang memiliki
bentuk hidung yang cembung. Kuda ini telah dibiakkan
oleh Cassiano Campolina dari Entre Rios de Minas, Minas
Gerais, Brazil pada tahun 1857. Kuda ini kemudiannya
dibiakkan dengan menggabungkan kuda Barb dan kuda
Andalusia. Selepas itu, kuda ini turut digabungkan dengan kuda Mangalarga Machador, Anglo-Norman, Clydesdale, Holsteiner dan kuda saddle Amerika. Hari ini, kuda Campolina adalah kuda yang baik dan mudah di tunggang.

Jenis Baka : Canik
Negara : Turki
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Kuda riadah
Catatan : Kuda ini merupakan antara kuda yang amat digemari oleh
penunggang kerana sikapnya yang agresif dan aktif. Ia
dipercayai berasal dari kuda Turki kuno yang telah wujud
200 tahun yang lalu. Pada masa lalu, kuda ini amat
popular digunakan sebagai kuda kavaleri peperangan.

Jenis Baka : Carthusian
Negara : Sepanyol
Kegunaan : Kuda persembahan
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Carthujano dan ia berbeza
dari kuda Andalusia. Ia seringkali dianggap sebagai
keturunan sebenar kuda Sepanyol. Kuda Carthusian
memiliki kutil dibahagian bawah ekornya dan ia diwarisi
oleh semua keturunan kuda ini.

Jenis Baka : Castile
Negara : Sepanyol
Kegunaan : Kuda untuk pembiakan
Kuda tunggangan
Kuda persembahan
Catatan : Kuda ini pada asalnya dibiakkan di Castilla, Sepanyol. Ia
mempunyai kekuatan yang menakjubkan. Kuda ini
mempunyai pengaruh kuda Arab, Kuda Barb dan juga kuda
Iberia.

Jenis Baka : Catria
Negara : Itali
Kegunaan : Kuda Pertanian
Kuda tunggangan
Sukan kuda
Sumber Daging
Catatan : Kuda ini memiliki kekuatan yang hebat walaupun fizikalnya
kecil. Ia dinamakan Catria sempena nama daerah Catria
di Itali. Kuda Catria dikatakan mempunyai keturunan kuda
Maremmano. Kuda Catria mempunyai pengaruh kuda
Arab, Barb, Neopolitan dan Frieberger. Kini, kuda ini
telah dibesarkan di daerah tanah tinggi bagi menghasilkan
kuda yang lincah dan mempunyai daya tahan yang baik.
Sumber : /www.theequinest.com

BAKA KUDA HURUF Y


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (Y)

Jenis Baka : Yabou
Negara : Turkmenistan
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Kuda ini pada asalnya sering digunakan sebagai haiwan
kargo oleh masyarakat setempat. Ia mempunyai
keupayaan untuk hidup dalam iklim yang sukar.

Jenis Baka : Yakut
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pengangkut barang
Sumber daging
Sumber susu
Kuda lumba
Catatan : Kuda Yakut berasal dari Utara dan Tengah Siberia. Ia
mampu hidup dalam keadaan suhu yang sangat rendah
dan kekurangan makanan.

Jenis Baka : Kuda Yaman
Negara : Yaman
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Ia berasal dari Yaman dan merupakan antara kuda baka
asli di bahagian utara Arab.

Jenis Baka : Yanqi
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Sumber susu
Kerja pertanian
Catatan : Kuda Yanqi berasal dari wilayah Xianjiang, China dan
merupakan keturunan kuda Mongolia yang dibawa masuk
pada abad ke-13.

Jenis Baka : Yili
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Ia berasal dari lembangan Gunung Yili-Kazakh, China. Kuda
ini telah dipengaruhi oleh kuda Don, Orlov Trotter dan
Anglo Don.

Jenis Baka : Yonaguni
Negara : Jepun
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda ini berasal dari pulau-pulau yang terletak di barat
daya Jepun. Walaupun ia memiliki asal usul yang misteri, ia
dijangkakan telah wujud di kawasan pulau berkenaan
hampir 2000 tahun yang lalu. Terdapat sesetengah
sumber mengatakan bahawa ia datang dari Cheju, Korea.
Kuda ini merupakan antara keperluan utama penduduk
setempat khususnya untuk kerja harian. Baka kuda ini
kemudiannya diperbaiki bagi menghasilkan kuda perang
yang berkualiti dan tangkas.

Jenis Baka : Yunnan
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda ini berasal dari kawasan Gunung Wuron China dan
dibiakkan tanpa pencampuran baka kuda lain. Ia dikatakan
telah muncul pada 285 SM dan kekal sehingga hari ini
walaupun dalam jumlah yang kecil.

Jenis Baka : Yururi
Negara : Jepun
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Kuda ini berasal dari Pulau Yururi yang memiliki fizikal muka
bumi yang mendatar. Ia ditumbuhi dengan rumput hijau
dan amat sesuai untuk kehidupan seekor kuda.

BAKA KUDA HURUF X


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (X)

Jenis Baka : Xilingol
Negara : Mongolia
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda ini berasal dari padang rumput di bahagian tenggara
Xilinnral Meng di kawasan pedalaman Mongolia. Ia
mempunyai pengaruh kuda Akhal-Teke, Sanhe, Kabarda,
Don & Mongolia.

BAKA KUDA HURUF W


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (W)

Jenis Baka : Waler
Negara : Australia
Kegunaan : Pengangkutan
Pasukan tentera
Catatan : Kuda ini telah dihasilkan pada tahun 1846 New South
Wales dan dikenali sebagai waler. Kuda ini sebenarnya
telah pupus. Kuda yang pertama dibawa ke Australia ialah
pada 300 tahun yang lalu.Kemudiannya kuda-kuda yang
hidup sehingga kini dan dapat menyesuaikkan diri dengan
persekitaran dianggap sebagai Waler.

Jenis Baka : Westphalian
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pertunjukan
Kuda sukan
Catatan : Kuda ini berasal dari Westphalia Jerman. Pada peringkat
awal ia dibiakan adalah untuk keperluan industri
pertanian yang meningkat. Kemudiannya ia dikacukan
dengan baka Hanoverian bagi menghasilkan kuda yang
sesuai untuk sukan berkuda.

Jenis Baka : Wielkopolski
Negara : Poland
Kegunaan : Pengangkutan
Sukan berkuda
Pertunjukan
Catatan : Kuda ini telah menerima pengaruh Arab dan Anglo-Arab
untuk menjadikannya lebih berkualiti.

Jenis Baka : Württemberger
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Sukan berkuda
Kuda latihan
Catatan : Kuda ini berasal dari Wurttemberger Jerman dan mula
dibiakan pada abad ke 16. Kuda ini telah menerima
pengaruh pelbagai jenis kuda terbaik. Hasilnya kuda ini
mampu menjadi kuda yang cukup kuat melaksanakan kerja-
kerja ladang dan cukup anggun untuk dijadikan sebagai
haiwan tunggangan bangsawan.

BAKA KUDA HURUF V


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (V)

Jenis Baka : Ventasso
Negara : Itali
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda ini berasal dari Gunung Ventasso di wilayah Reggio
Emilia, Itali. Ia telah digunakan sebagai kuda tentera.

Jenis Baka : Virginia Highlander
Negara : Amerika
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda ini dibiakkan di Sugar Grove Virginia oleh William Pugh. Kuda ini memiliki pengaruh kuda Arab dan Tennessee
Walker.

Jenis Baka : Vyatka
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Ia berasal dari kawasan utara Kirov yang memiliki iklim
sesuai untuk pembiakan kuda. Kuda ini mula dipengaruhi oleh kuda Klepper pada abad ke-14. Hari ini, ia telah pupus sepenuhnya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengembalikan baka
kuda in

nama anak-anak