may Allah Bless you

Thursday, 5 May 2011

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.


3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.


4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.


5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.


6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.


7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.


8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.


9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.



Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.


Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.


3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.


4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.


5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.


6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.


7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.


9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Hadis

1. Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya :

"Kerjakanlah sebahagian solat anda di rumah anda, dan janganlah anda jadikan rumah anda menjadi kuburan."

[Sahih Bukhari Jilid 1 Bab Solat. Hadis No. 259]
2. Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya :

"Sempurnakan sujudmu! jangan meletakkan kedua lenganmu dalam sujud ke bumi seperti anjing. Dan apabila meludah, janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan, kerana anda sedang berbisik dengan Tuhan."

[Sahih Bukhari Jilid 1 Bab Waktu Solat Hadis No.302]
3. Dari Abu Hurairah ra dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Seutama-utama puasa setelah Ramadlan ialah puasa di bulan Muharram, dan seutama-utama shalat sesudah shalat fardhu, ialah shalat malam.”
(HR. Muslim)
4. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Apabila kamu memukul, hindarkanlah memukul muka". [HR Bukhari Jilid III Bab Memerdekakan Budak Hadis No.1207]
5. Dari Sahl bin Sa'ad r.a dari Nabi s.a.w baginda bersabda:

"Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk surga dengan tidak dihisab, mereka masuk berturut-turut, sedang rupa mereka sebagai cahaya bulan pada malam purnama"

[Shahih Bukhari Jilid.III Bab: Surga No.1444]
6. Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: “Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.”

(Muslim)
7. Dari Anas r.a, katanya:

Ada orang menghadiahkan jubah sutera kepada Nabi s.a.w padahal baginda melarang memakai sutera. Orang banyak heran kerananya. Baginda lalu bersabda:

"Demi Tuhan yang diri Muhammad di tangan-Nya! Sesungguhnya sapu tangan Sa'ad bin Mu'az dalam surga lebih bagus dari ini"
...
[Shahih Bukhari. Jilid III. Bab Surga. No.1445] 
8.  Rasulullah saw bersabda:

''Sesungguhnya Allah SWT malu bila seorang hamba-Nya membentangkan kedua tangannya untuk memohon kebaikan kepada-Nya lalu ia mengembalikan kedua tangan itu dalam keadaan hampa/gagal.''

HR.Ahmad dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami.
9. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”


Riwayat Ibn Majah
10. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya : "Hai kaum Muslimat! janganlah menganggap remeh pemberian seorang tetangga, walaupun hanya berupa kaki kambing".

[HR Bukhari]
11. Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta-merta bergembira. [Al-Room 30:48] 
12. Dari Abu Musa r.a brkta Rasulullah saw bersabda:

''Perumpamaan orang yang berdzikir kepada tuhannya dengan orang yang tidak berdzikir kepada tuhannya, adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.''
HR.Bukhari,Muslim & Baihaqi.
13. Besar dan Yang Lebih Besar Ganjarannya

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”

(Muslim)
14. Zulaikha berkata: "Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi dia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah dia akan dipenjarakan dan akan menjadi dari orang-orang yang hina." [Yusuf 12:32]
15. Dari Ibnu Umar r.a katanya:
Saya dengar Nabi s.a.w bersabda:

"Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda kekhianatannya pada hari kiamat"

[Shahih Bukhari III. Bab: Orang Yahudi Yang Berkhianat. No.1418]
16. Dari Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Kalau makanan telah dihidangkan dan sembahyang telah datang waktunya, maka makanlah terlebih dahulu!"

(Sahih Bukhari)
17. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kalau kamu memakai sandal, pasang yang kanan terlebih dahulu. Tetapi kalau membukanya, yang kiri buka dahulu. Jadi yang kanan adalah yang pertama-tama dipasang dan yang terakhir dibuka."

(Sahih Bukhari)
18. Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
19. Dari Abu Sa'id al Khudri r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

''Barangsiapa melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mencegah dengan tanganya. Jika tidak mampu maka cegahlah dengan lidahnya, Jika tidak mampu hendaklah dia merasa benci di dalam hatinya, dan ini adalah selemah-lemahnya iman.''

[HR.Muslim]
20. Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”

(Bukhari)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

nama anak-anak