may Allah Bless you

cerita lawak

1. bagaimana nak mengenali pak pandir :

dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu. * dia fax surat dengan stem diatasnya.
* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
* study hard untuk ujian darah.
* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
* dia sedang baca email ini.

2. Ahli silap mata dan burung :

Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama. Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata .
Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas.
“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”
“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”
“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “
Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.
Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”

3. Teka - teki :

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
2) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
3) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar “bulb” mentol
4) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
: :
:
:
:
Jawapannya:
1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
2) Lampu stadium kalau ada ‘game’ dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada ‘game’ dia padam
3) Semut yang matanya BENGKAK
4) Kambing binATANG


nama anak-anak