Sebelum
      Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

      Semasa
      Israk   (
      Perjalanan dari
      Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
      
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri
      Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
      
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§      
      Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai
      hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula
      seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah
      S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah"
      yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga
      gandaan yang lebih banyak.
§      
      Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W.
      diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut
      anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat
      bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana
      tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§      
      Sekumpulan orang yang sedang memecahkan
      kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu
      dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu
      Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§      
      Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan
      mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti
      binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
      Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta
      mereka.
§      
      Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang
      memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
      Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan
      lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§      
      Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan
      dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§      
      Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia
      tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:
      Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang
      lain.
§      
      Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan
      bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting,
      lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang
      yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak
      melakukannya.
§      
      Kaum yang mencakar muka dan dada mereka
      dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging
      manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§      
      Seekor lembu jantan yang besar keluar dari
      lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail:
      Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah
      terlambat.
§      
      Seorang perempuan dengan dulang yang penuh
      dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail:
      Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat
      Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§      
      Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan
      dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
      Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§      
      Seorang perempuan bongkok tiga menahan
      Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur
      dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
      
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
      
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
      
      Mikraj  (
      Naik ke Hadhratul-Qudus
      Menemui Allah ):
      
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.   
      Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan
      Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S.
      Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim
      dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan
      buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit
      Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk
      dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.  
      Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu
      dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam.
      Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah
      mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda
      sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
      
vii.    Langit
      Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu
      dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur
      dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S.
      bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu
      adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu.
      Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu  LA HAULA WALA QUWWATA ILLA
      BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi
      Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan
      salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar
      airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:  SUBHANALLAH,
      WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR  dan
       WA LA HAULA
      WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca
      setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
      Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail
      masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
      betul-betul di atas Baitullah di Mekah).   
viii.   Tangga
      Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan
      dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai
      keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai
      arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya
      berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
      Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh
      manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar
      yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
      neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga
      Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.
      Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
      Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur
      'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya
      tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga
      Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat
      Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya,
      lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad,
      Rasul-Nya:
Allah S.W.T    
      :      
      Ya Muhammad.  
Rasulullah : Labbaika.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T     :      
      Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami
      perkenankan. 
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

      Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku
      perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
      Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
      Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku
      kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada
      sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah
      sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada
      kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
      kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di
      bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu)
      sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa
      menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya
      menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi
      keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan
      kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
      memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan
      nilainya sebanyak 50 waktu juga.
   
      Selepas
      Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab
      Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya,
      Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang
      diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting
      untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi
      meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
      Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang
      penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa
      mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
      
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
      
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
      
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

sumber : http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm 

No comments:
Post a Comment