Saya terus terang saje Ustaz.
Saya telah menjalin hubungan dengan 
seorang wanita & insyaAllah siap utk menjadikan dia isteri saya. 
Namun beberapa hari lalu,pasangan saya mengaku bahawa dia tidak dara 
lagi. Dia pernah melakukannya dengan bekas kekasihnya dan itu sudah 
terjadi 8 tahun yg lalu.
Dia mengaku hanya melakukan sekali 
sahaja dan sudah menyesal. Kerana saat itu dia menganggap bakal menjadi 
isteri dari bekas kekasihnya. Tapi menurut dia hubungan mereka tidak 
direstui org tuanya kerana suatu hal. Dan bekas kekasihnya itu juga 
masih teman saya. Yang ingin saya tanyakan:
1. Apakah hukum dalam Islam dibolehkan 
menikahi wanita tersebut ? Atau lebih baik meninggalkannya dan mencari 
wanita yg lebih baik?
2. Baru-baru ini bekas kekasihnya ingin 
balik lagi kepada dia. Saya tahu dia masih mencintainya, kerana mereka 
berpisah hanya kerana masalah restu dari org tua wanita itu. Apakah saya
 harus merelakan wanita ini untuk kembali lagi atau tetap dengannya? 
kerana yang saya tahu dia mencintai saya.
3. Bila saya tetap menikahinya dengan 
alasan ibadah, apakah saya termasuk orang tidak baik? Kerana menurut 
Al-Quran surat an-nur (sy lupa ayatnya) orang baik berjodoh dengan orang
 baik, dan yg tidak baik akan berjodoh dengn yang tidak baik (maaf kalau
 salah). Mohon untuk dijawab agar saya dpt mengambil keputusan tanpa 
ragu-ragu.Terima kasih atas jawapannya
-Arie-
Jawapan
Semoga Allah merahmati kita semua
1. Sebenarnya hukum menikah dengan orang
 berzina memang cukup berat, sebahagian Ulamak mengharamkan. Melihat hal
 ini saya sarankan saudara mencari pasangan yang lain. Jika masih ada 
peluang untuk mencari pasangan yang lain carilah yang lebih suci. Jika 
tidak boleh pilih yg lain, dan akan menghasilkan mudarat jika tidak 
menikah dengannya , maka suruh dia bertaubat terlebih dahulu agar kamu 
disebut sebagai orang yang terjaga kehormatannya (tidak berzina) menikah
 dengan yang terjaga kehormatannya (tidak berzina)
2. Jika anda memilih mencari pasangan 
yang lain maka biarkanlah dia bersama orang yang pernah menzinahinya. 
Dua-duanya harus bertaubat dan melangsungkan kehidupan yang normal.
3. Orang yang berzina memang dianggap 
tidak baik selama belum bertaubat. Jika sudah bertaubat maka orang yang 
bertaubat seperti orang yang tidak punya dosa lagi. Ia kembali suci.

No comments:
Post a Comment