Rasulullah pada suatu waktu pernah menceritakan satu kisah. Pada 
zaman sebelum anda, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hampir 
setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja 
zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat.
Maka seluruh tabib yang ada dalam kerajaan itu dikumpulkan. Dibawah
 ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya 
tidak ada seorang tabib pun yang mampu menyembuhkannya.
Hingga akhirnya ada seorang Rahib yang mengatakan bahawa penyakit 
raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, 
yang sayangnya semasa ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke 
permukaan.
Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja 
menyedari bahawa pada masa ini bukanlah musim ikan itu muncul 
kepermukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.
Aneh bin ajaib walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah
 mudah ditemui. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal 
kebijakannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja
 yang bijaksana itu jatuh sakit.
Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis 
ikan tertentu yang pada masa itu sangat banyak terdapat di permukaan 
laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih 
kembali.
Tapi apa yang terjadi? Ikan yang seharusnya banyak dijumpai di 
permukaan laut itu, tidak ada seekor pun yang kelihatan..! Walaupun 
pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap sahaja ikan 
itu tidak berjaya ditemui. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun
 meninggal…
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. 
Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “Ya Tuhan kami, apa 
sebabnya Engkau menggiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang
 zalim itu selamat; sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, 
Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja
 yang baik itu meninggal?”
Tuhan pun berfirman, “Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja 
yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu 
Aku balas kebaikannya itu didunia, sehingga pada waktu dia datang 
menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku
 akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah !
Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana
 itu Aku hukum dia didunia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga
 nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada
 sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan 
seluruhnya di dunia!”
Kita dapat mengambil beberapa pengajaran dari kisah ini.
Pengajaran pertama adalah: Ada kesalahan 
yang hukumannya terus ditunaikan Allah di dunia ini juga; sehingga 
dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi.
 Keyakinan perkara ini dapat menguatkan iman kita bila sedang tertimpa 
musibah.
Pengajaran kedua adalah: Bila kita tidak 
pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah 
‘menghabiskan’ tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan perkara ini dapat 
menjaga kita untuk tidak dibuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi 
sehingga melupakan urusan ukhrowi.
Pengajaran ketiga adalah: Musibah yang 
menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat kesalahan. 
Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk 
menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu 
meringankan penderitaannya.
Pengajaran keempat adalah: Siapa yang tahu maksud Allah?
Sumber : tulahan.blogspot.com


No comments:
Post a Comment