1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri
tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk
keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang
sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau
selalu membantu urusan rumahtangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat
lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk
sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke
pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira
adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang
kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku
puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul
isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah
dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku
menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?’
6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah
yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin,
sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan
yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa
kesombongan.
8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak
dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan
ramai maupun dalam kesendiriannya.
9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus
beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
bengkak-bengkak.
10. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah
engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah
begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh
menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’Kaskus
No comments:
Post a Comment