Ketika anda membuka lembaran sirah kehidupan Muhammad saw., anda 
tidak akan pernah berhenti kagum melihat kemuliaan dan kebesaran 
peribadi beliau saw. Sisi kebesaran itu kelihatan dari sikap seimbang 
dan selaras dalam setiap perilakunya, sikap beliau dalam menggunakan 
segala media untuk meluluhkan kalbu setiap orang dalam setiap 
kesempatan.
Media paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan 
perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos yang besar, 
tidak memerlukan tenaga berlebihan, meluncur dari bibir untuk seterusnya
 masuk ke lubuk hati yang sangat dalam.
Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal 
fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan 
tembok penghalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang 
mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah senyuman!
Itulah senyuman yang dicatat dalam Al Qur’an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,
“Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan 
semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap 
mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada 
dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau 
ridhai; Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan 
hamba-hamba-Mu yang soleh”. An Naml:19
Senyuman itulah yang sentiasa keluar dari bibir mulia Muhammad 
saw., dalam setiap perilakunya. Beliau tersenyum ketika bertemu dengan 
sahabatnya. Semasa beliau menahan amarah atau ketika beliau berada di 
majlis peradilan sekalipun.
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, 
“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindari dariku. 
Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”
Suatu ketika Muhammad saw. didatangi seorang Arab Badwi, dengan 
serta merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad saw., 
sehingga leher beliau membekas merah. Orang Badwi itu bersuara keras, 
“Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul 
Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya lalu tersenyum. Kemudian beliau 
menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya.”
Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang 
terlambat dan tidak ikut serta dalam perang Tabuk, beliau masih 
tersenyum mendengarkan alasan mereka.
Ka’ab ra. berkata setelah mengungkapkan alasan orang-orang munafik dan sumpah palsu mereka:
“Saya mendatangi Muhammad saw., ketika saya mengucapkan salam 
kepadanya, beliau tersenyum, senyuman orang yang marah. Kemudian beliau 
berkata, “Kemari. Maka saya mendekati beliau dan duduk di depan beliau.”
Suatu ketika Muhammad saw. melintasi masjid yang di dalamnya ada 
beberapa sahabat yang sedang membicarakan masalah-masalah jahiliyah 
terdahulu, beliau lewat dan tersenyum kepada mereka.
Beliau tersenyum dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sampai akhir detik-detik hayat beliau.
Anas bin Malik berkata diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim,
 “Ketika kaum muslimin berada dalam solat subuh, di hari Isnin, 
sedangkan Abu Bakar menjadi imam mereka, ketika itu mereka dikejutkan 
oleh Muhammad saw. yang membuka hijab bilik Aisyah. Beliau melihat kaum 
muslimin sedang dalam shaf shalat, kemudian beliau tersenyum kepada 
mereka!”
Sehingga tidak menghairankan beliau mampu meluluhkan kalbu 
sahabat-sahabatnya, isteri-isterinya dan setiap orang yang berjumpa 
dengannya!
Menyentuh Hati
Muhammad saw. telah meluluhkan hati siapa saja dengan senyuman. 
Beliau mampu “menyihir” hati dengan senyuman. Beliau menumbuhkan harapan
 dengan senyuman.
Beliau mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan 
beliau saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri 
dengan akhlak mulia ini.
Bahkan beliau menjadikan senyuman sebagai tempat berlumba dalam kebaikan. Rasulullah saw. bersabda,
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.
Meskipun sudah sangat jelas dan terang petunjuk Nabi dan praktik 
beliau secara terus ini, namun anda masih banyak melihat sebahagian 
manusia masih berlaku keras terhadap anggota keluarganya, 
tehadap rumah tangganya dengan tidak melebarkan senyuman dari bibirnya 
dan dari ketulusan hatinya.
Anda merasakan bahawa sebahagian manusia -kerana bersikap marah dan
 muka masam- mengira bahawa giginya bahagian dari aurat yang harus 
ditutupi! Di mana mereka di depan petunjuk Nabi yang agung ini! Sungguh 
jauh mereka dari contoh Nabi muhammad saw.!
Ya, kadang anda melepasi jam-jam anda dengan dirundung duka, atau 
disibukkan beragam pekerjaan, akan tetapi anda selalu bermuka masam, 
marah dan menahan senyuman yang merupakan sedekah, maka demi Allah, ini 
adalah perilaku keras hati, yang semestinya tidak terjadi. Wal 
iyadzubillah.
Pengaruh Senyum
Sebahagian manusia ketika berbicara tentang senyuman, mengaitkan 
dengan pengaruh psikologi terhadap orang yang tersenyum. Namun, seorang 
muslim memandang hal ini dengan kaca mata lain, iaitu kaca mata ibadah, 
bahawa tersenyum adalah bahagian dari mencontohi Nabi saw. yang 
disunnahkan dan bernilai ibadah.
Para pakar dari kalangan muslim mahup un non muslim melihat seuntai senyuman sangat besar pengaruhnya.
Dale Carnegie dalam bukunya yang terkenal, “Bagaimana Anda Mendapatkan Teman dan Mempengaruhi Manusia” menceritakan:
“Wajah merupakan cermin yang tepat bagi perasaan hati seseorang. 
Wajah yang ceria, penuh senyuman semulajadi, senyum tulus adalah 
sebaik-baik media memperolehi teman dan kerja sama dengan pihak lain. 
Senyum lebih berharga dibanding sebuah pemberian yang dihadiahkan 
seorang lelaki. Dan lebih menarik dari lipstik dan bedak yang melekat di
 wajah seorang wanita. Senyum bukti cinta tulus dan persahabatan yang 
murni.”
Ia meneruskan, “Saya minta setiap mahasiswa saya untuk tersenyum 
kepada orang tertentu sekali setiap bandarnya. Salah seorang mahasiswa 
datang bertemu dengan peniaga, ia berkata kepadanya, “Saya pilih 
tersenyum kepada isteriku, ia tidak tahu sama sekali perihal ini.
Hasilnya adalah saya menemui kebahagiaan baru yang sebelumnya tidak
 saya rasakan sepanjang akhir tahun-tahun ini. Yang demikian menjadikan 
saya senang tersenyum setiap kali bertemu dengan orang.
Setiap orang membalas penghormatan kepada saya dan bersegera 
melaksanakan khidmat -pelayanan- kepada saya. Kerana itu saya merasakan 
hidup lebih ceria dan lebih mudah.”
Kegembiraan meluap ketika Carnegie menambahkan, “Ingatlah, bahawa 
senyum tidak memerlukan kos sedikitpun, malah membawa kesan yang luar 
biasa. Tidak akan menjadi miskin orang yang memberinya, justeru akan 
menambah kaya bagi orang yang mendapatkannya. Senyum juga tidak 
memerlukan waktu yang berlarutan, namun membekas kekal dalam ingatan 
sampai akhir hayat. Tidak ada seorang fakir yang tidak memilikinya, dan 
tidak ada seorang kaya pun yang tidak memerlukannya.”
Betapa kita sangat memerlukan sosialisasi dan penyedaran petunjuk 
Nabi yang mulia ini kepada umat. Dengan niat taqarrub ilallah 
-pendekatan diri kepada Allah swt.- lewat senyuman, dimulai dari diri 
kita, rumah kita, bersama isteri-isteri kita, anak-anak kita, teman 
sepejabat kita. Dan kita tidak pernah merasa rugi sedikit pun! Bahkan 
kita akan rugi, rugi dunia dan agama, ketika kita menahan senyuman, 
menahan sedekah ini, dengan selalu bermuka masam dan marah dalam 
kehidupan.
Pengalaman membuktikan bahawa kesan positif dan efektif dari 
senyuman, iaitu senyuman menjadi pendahuluan ketika hendak meluruskan 
orang yang keliru, dan menjadi muqaddimah ketika mengingkari yang 
munkar.
Orang yang selalu masam tidak mensengsarakan kecuali dirinya 
sendiri. Bermuka masam bererti mengharamkan menikmati dunia ini. Dan 
bagi siapa sahaja yang mahu menebar senyum, selamanya ia akan senang dan
 gembira. Allahu a’lam.
Sumber : Situslakalaka


No comments:
Post a Comment