1. Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya :
 "Kerjakanlah sebahagian solat anda di rumah anda, dan janganlah anda jadikan rumah anda menjadi kuburan."
[Sahih Bukhari Jilid 1 Bab Solat. Hadis No. 259]
 2. Dari Anas r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya :
"Sempurnakan
 sujudmu! jangan meletakkan kedua lenganmu dalam sujud ke bumi seperti 
anjing. Dan apabila meludah, janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan,
 kerana anda sedang berbisik dengan Tuhan." 
[Sahih Bukhari Jilid 1 Bab Waktu Solat Hadis No.302]
3. Dari Abu Hurairah ra dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Seutama-utama
 puasa setelah Ramadlan ialah puasa di bulan Muharram, dan seutama-utama
 shalat sesudah shalat fardhu, ialah shalat malam.” 
(HR. Muslim)
4. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Apabila kamu 
memukul, hindarkanlah memukul muka". [HR Bukhari Jilid III Bab 
Memerdekakan Budak Hadis No.1207]
5. Dari Sahl bin Sa'ad r.a dari Nabi s.a.w baginda bersabda:
"Tujuh
 puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk surga 
dengan tidak dihisab, mereka masuk berturut-turut, sedang rupa mereka 
sebagai cahaya bulan pada malam purnama"
[Shahih Bukhari Jilid.III Bab: Surga No.1444]
6. Dari
 Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
 “Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya.” 
Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah 
orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa 
orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang 
lain, orang itu memaki ibunya pula.”
 
(Muslim)
7. Dari Anas r.a, katanya:
Ada
 orang menghadiahkan jubah sutera kepada Nabi s.a.w padahal baginda 
melarang memakai sutera. Orang banyak heran kerananya. Baginda lalu 
bersabda:
"Demi Tuhan yang diri Muhammad di tangan-Nya! Sesungguhnya sapu tangan Sa'ad bin Mu'az dalam surga lebih bagus dari ini"
...
[Shahih Bukhari. Jilid III. Bab Surga. No.1445] 
8.  Rasulullah saw bersabda:
''Sesungguhnya
 Allah SWT malu bila seorang hamba-Nya membentangkan kedua tangannya 
untuk memohon kebaikan kepada-Nya lalu ia mengembalikan kedua tangan itu
 dalam keadaan hampa/gagal.''
HR.Ahmad dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami.
9. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”
 
Riwayat Ibn Majah
10. Dari
 Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya : "Hai kaum Muslimat! 
janganlah menganggap remeh pemberian seorang tetangga, walaupun hanya 
berupa kaki kambing".
[HR Bukhari]
11. Allah
 jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; 
kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang 
dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau 
melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan 
hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, 
mereka serta-merta bergembira. [Al-Room 30:48] 
12. Dari Abu Musa r.a brkta Rasulullah saw bersabda:
''Perumpamaan
 orang yang berdzikir kepada tuhannya dengan orang yang tidak berdzikir 
kepada tuhannya, adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang 
mati.''
HR.Bukhari,Muslim & Baihaqi.
13. Besar dan Yang Lebih Besar Ganjarannya
Rasulullah
 s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan 
pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan 
hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar
 yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala 
ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”
 
(Muslim)
14. Zulaikha
 berkata: "Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! 
Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi dia 
menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya 
kalau dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah dia akan 
dipenjarakan dan akan menjadi dari orang-orang yang hina." [Yusuf 12:32]
15. Dari Ibnu Umar r.a katanya:
Saya dengar Nabi s.a.w bersabda:
"Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda kekhianatannya pada hari kiamat"
[Shahih Bukhari III. Bab: Orang Yahudi Yang Berkhianat. No.1418]
16. Dari
 Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Kalau makanan telah 
dihidangkan dan sembahyang telah datang waktunya, maka makanlah terlebih
 dahulu!"
(Sahih Bukhari)
17. Dari
 Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Kalau kamu memakai 
sandal, pasang yang kanan terlebih dahulu. Tetapi kalau membukanya, yang
 kiri buka dahulu. Jadi yang kanan adalah yang pertama-tama dipasang dan
 yang terakhir dibuka."
(Sahih Bukhari)
18. Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.
 
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
19. Dari Abu Sa'id al Khudri r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
''Barangsiapa
 melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mencegah dengan tanganya. 
Jika tidak mampu maka cegahlah dengan lidahnya, Jika tidak mampu 
hendaklah dia merasa benci di dalam hatinya, dan ini adalah 
selemah-lemahnya iman.'' 
[HR.Muslim]
 20. Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
 “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh 
melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki 
dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut 
sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”
(Bukhari)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment