may Allah Bless you

Friday 6 May 2011

Dakwah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika Beliau dalam Perjalanan


Imam Ahmad telah memberitakan dari putera Sa'ad, sedang ayahnya, Sa'ad
رضي الله عنه sendiri yang menunjukkan jalan ke Rakubah (perjalanan di
antara Makkah dengan Madinah). Berkata putera Sa'ad, bahwa ayahku telah
menceritakan kepadaku, bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersama-sama
dengan Abu Bakar رضي الله عنه telah singgah di kampungku. Sebenarnya
Abu Bakar رضي الله عنه ingin melihat puterinya yang kecil sedang
disusukan di kampung kami dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم pula
inginkan jalan pendek ke Madinah. Berkata Sa'ad رضي الله عنه kepada
Rasulullah صلى الله عليه وسلم : "jalan melalui Rakubah ini ada dua
orang perompak dari suku Aslam, dikenal orang dengan panggilan Dua yang
terhina!, jika engkau ingin melalui jalan ini, kami akan
menunjukkannya". Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Tidak
mengapa, tunjukkanlah jalannya kepada kami!". Berkata Sa'ad رضي الله
عنه seterusnya: "Kami pun berjalan melalui Rakubah itu, dan apabila
kami dilihat oleh dua orang perompak itu, salah seorang mereka berkata
kepada temannya: "Ini orang dari Yaman, barangkali!". Apabila kita
bertemu dua orang perompak itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun
menyeru mereka supaya masuk Islam, dijelaskannyalah kepada keduanya
tentang agama yang diajarkannya. Akhirnya mereka berdua setuju dan
memeluk Islam. "Siapa nama kamu berdua?" tanya Rasuluilah صلى الله عليه
وسلم "Nama kami?". Mereka tersenyum."orang panggil kami dua orang yang
terhina! Barangkali kerana perbuatan kami yang jahat". "Tidak", jawab
Rasuluilah صلى الله عليه وسلم . "Tapi sekarang kamu berdua dipanggil
sebagai dua orang yang dimuliakan, kerana telah dimuliakan oleh Islam.
Kami sekarang hendak menuju Madinah. Nanti temui kami di Madinah!"
Rasulullah صلى الله عليه وسلم berpesan kepada mereka berdua.

(Musnad Ahmad 4:74; Majma'uz-Zawa'id 6:58)

Pohon Menjadi Saksi Pengislaman seorang Arab Badui

Abu Abdullah An-Naisaburi (Hakim) telah memberitakan pula dari Ibnu
Umar رضي الله عنه katanya: Semasa kami bersama dengan Rasulullah صلى
الله عليه وسلم dalam
suatu perjalanan, tiba-tiba kami ditemui oleh seorang Arab badui.
Apabila kami berhampiran dengan badui itu, berkata Rasulullah صلى الله
عليه وسلم kepadanya:
"Hendak ke mana, wahai teman?!". "Hendak kembali ke kampungku",jawab
badui itu. "Mahukah engkau jika aku tunjukkanmu kepada yang baik?".
"Apa itu?", tanya si badui. "Engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan
melainkan Allah saja, yang Esa, tiada sekutu baginya, dan bahwa
Muhammad itu adalah hambanya dan UtusanNya",jawab Rasulullah صلى الله
عليه وسلم . "Siapa
yang menjadi saksi atas apa yang engkau katakan itu?", tanya badui itu.
"Engkau mahukan saksi? Engkau tak percaya kepadaku?!". "Ya, kerana aku
tak kenal padamu!", jawab badui itu. "Baiklah", jawab Rasulullah صلى
الله عليه وسلم lagi.
"Cukupkah jika pohon itu menjadi saksi?!", sambil beliau menunjuk
kepada sebatang pohon yang berdekatan dengan karni. "Pohon menjadi
saksi?", mata badui itu terbelalak, dia tertawa. Maka Rasulullah صلى
الله عليه وسلم pun
memanggil pohon yang tumbuh di lereng lembah bukit itu supaya datang.
Lalu pohon itu pun datang menyeret dirinya satu-satu hingga berdiri di
hadapan badui itu. Dan beliau meminta kepadanya supaya menyaksikan
bahwa apa yang dikatakan beliau itu adalah benar dan betul. Pohon itu
lalu bersaksi dengan jelas, kemudian dia kembali semula ke tempatnya di
lereng bukit itu. Orang badui itu terperanjat, dan tidak terkata-kata
lagi. Kami juga merasa heran, namun begitu kami tahu yang berlaku itu
adalah tanda mukjizat Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
"Kalau begitu, aku percaya kepadamu!", jawab badui itu. Dia pun kembali
ke kampungnya, sambil berkata, "Nanti, jika kaumku mengikutku, akan aku
bawa mereka semua kepadamu". "Kalau tidak?". "Kalau tidak, aku sajalah
yang akan datang kepadamu, dan duduk denganmu!"

(Al-Bidayah Wan-Nihayah 6:125; Majma'uz-Zawa'id 8:292)

Islamnya Buraidah bin Hasib ra.

Dan dari riwayat Ashim Al-Aslami yang dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad رضي الله عنه katanya: Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم
berhijrah ke Madinah, beliau singgah di sebuah kampung bernama Chamim.
Beliau bertemu dengan Buraidah bin Hashib lalu ia diajak Rasulullah صلى
الله عليه وسلم untuk
memeluk Islam. Buraidah memeluk Islam bersama-sama dengan penduduk
kampungnya, dan jumlah mereka sangat ramai, semuanya datang dari kurang
lebih 80 rumah. Beliau bermalam di kampung itu, dan bersembahyang Isya'
sedang penghuni kampung itu mengikutnya di belakang.

(Tabaqat Ibnu Sa'ad 4:242)

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak