may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA-BAKA KUDA HURUF C


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (C)

Calabrese.jpg”>
Jenis Baka : Calabrese
Negara : Itali
Kegunaan : Kuda tunggangan
Sukan kuda
Kuda riadah
Catatan : Kuda ini mendapat nama bersempena dengan kawasan
Calabria di Itali selatan. Kuda ini mempunyai pertalian
keturunan dengan kuda pada zaman Yunani. Ia
mempunyai ciri istimewa yang membezakannya dari
kebanyakan kuda lain di Itali. Semasa pengaruh Islam
meluas di Sepanyol, kuda Arab turut dicampurkan di dalam
kuda Calabrese dan dapat dilihat sehingga kini.

Jenis Baka : Calvinia
Negara : Afrika Selatan
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda pedati
Kuda pertunjukan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Hantom. Ia telah
dibiakkan di bahagian Barat Afrika Selatan sepanjang abad
ke-19. Dalam tempoh itu, kuda ini telah dihasilkan melalui
percantuman kuda Arab dan kuda Boer. Kuda ini
mempunyai tingkah laku yang baik dan mudah dikendalikan.

Jenis Baka : Camargue
Negara : Perancis
Kegunaan : Kuda tunggangan
Mengembala ternakan
Kuda persembahan
Catatan : Kuda Camargue adalah salah satu keturunan yang tertua
di dunia dan dipercayai merupakan sisa-sisa haiwan
prasejarah yang pernah hidup di Perancis selatan. Kuda ini telah mengalami proses pembiakan secara semulajadi dan liar selama berabad-abad. Ekoran daripada itu, kuda ini telah memiliki kelasakan tubuh badan serta keupayaan meneruskan hidup dengan jumlah sumber makanan yang minima.

Jenis Baka : Camarillo Putih
Negara : Amerika
Kegunaan : Perarakan berkuda
Kuda tungangan
Catatan : Kuda ini mula dibiakkan secara aktif pada abad ke-20.
Keturunan asal kuda ini ialah seekor kuda yang bernama
Sultan. Kuda ini telah dibeli oleh Adolfo Camarillo dan
membawanya Ventura County untuk dibiakkan. Kuda
ini kemudiannya secara berturutan melahirkan anak-anak
kuda yang berwarna putih sehingga hari ini.

Jenis Baka : Campeiro
Negara : Brazil
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Kuda riadah
Kuda kerja
Catatan : Kuda ini dipercayai keturunan kuda Sepanyol dan kuda
Portugis. Pada tahun 1541, Cabeza de Vaca telah
mendarat di Brazil dan membawa 46 ekor kuda.
Kemudiannya sepanjang abad ke-19, kuda ini telah
digabungkan dengan kuda Arab dan akhirnya melahirkan
kuda Campeiro hari ini.

Jenis Baka : Campolina
Negara : Brazil
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda Dressage
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini terkenal kerana satu-satunya kuda yang memiliki
bentuk hidung yang cembung. Kuda ini telah dibiakkan
oleh Cassiano Campolina dari Entre Rios de Minas, Minas
Gerais, Brazil pada tahun 1857. Kuda ini kemudiannya
dibiakkan dengan menggabungkan kuda Barb dan kuda
Andalusia. Selepas itu, kuda ini turut digabungkan dengan kuda Mangalarga Machador, Anglo-Norman, Clydesdale, Holsteiner dan kuda saddle Amerika. Hari ini, kuda Campolina adalah kuda yang baik dan mudah di tunggang.

Jenis Baka : Canik
Negara : Turki
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Kuda riadah
Catatan : Kuda ini merupakan antara kuda yang amat digemari oleh
penunggang kerana sikapnya yang agresif dan aktif. Ia
dipercayai berasal dari kuda Turki kuno yang telah wujud
200 tahun yang lalu. Pada masa lalu, kuda ini amat
popular digunakan sebagai kuda kavaleri peperangan.

Jenis Baka : Carthusian
Negara : Sepanyol
Kegunaan : Kuda persembahan
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Carthujano dan ia berbeza
dari kuda Andalusia. Ia seringkali dianggap sebagai
keturunan sebenar kuda Sepanyol. Kuda Carthusian
memiliki kutil dibahagian bawah ekornya dan ia diwarisi
oleh semua keturunan kuda ini.

Jenis Baka : Castile
Negara : Sepanyol
Kegunaan : Kuda untuk pembiakan
Kuda tunggangan
Kuda persembahan
Catatan : Kuda ini pada asalnya dibiakkan di Castilla, Sepanyol. Ia
mempunyai kekuatan yang menakjubkan. Kuda ini
mempunyai pengaruh kuda Arab, Kuda Barb dan juga kuda
Iberia.

Jenis Baka : Catria
Negara : Itali
Kegunaan : Kuda Pertanian
Kuda tunggangan
Sukan kuda
Sumber Daging
Catatan : Kuda ini memiliki kekuatan yang hebat walaupun fizikalnya
kecil. Ia dinamakan Catria sempena nama daerah Catria
di Itali. Kuda Catria dikatakan mempunyai keturunan kuda
Maremmano. Kuda Catria mempunyai pengaruh kuda
Arab, Barb, Neopolitan dan Frieberger. Kini, kuda ini
telah dibesarkan di daerah tanah tinggi bagi menghasilkan
kuda yang lincah dan mempunyai daya tahan yang baik.
Sumber : /www.theequinest.com

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak