may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF T


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (T)

Jenis Baka : Taishu
Negara : Jepun
Kegunaan : Pengangkutan
Mengangkut kargo
Catatan : Kuda ini berasal dari Tsushima di bahagian barat Jepun. Ia adalah baka yang hampir pupus dan dilindungi oleh kerajaan Jepun.

Jenis Baka : Tarpan
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda ini berasal dari Rusia dan dipercayai telah pupus
sepenuhnya. Ia dipercayai telah wujud sejak dari zaman
prasejarah. Punca kepupusan adalah disebabkan oleh aktiviti pemburuan yang tidak terkawal dan berleluasa. Kerajaan Poland telah berusaha untuk melahirkan semula Tarpan dengan menggunakan sepupu kuda Tarpan namun masih belum lagi berjaya sepenuhnya.

Jenis Baka : Tavda
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Tavdinka & Tavdinskaya berasal
dari Timur laut Sverdlovsk di wilayah barat Tjumen dan
lembah Sungai Tavda dan Tura. Kuda ini mampu
mengharungi cuaca sejuk dengan baik.

Jenis Baka : Tennuvian
Negara : Amerika
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda kerja
Catatan : Kuda ini adalah hasil kacukan kuda Tennesses Walking Horse dan kuda Pasos Peru. Kuda yang terhasil kemudiannya dinamakan oleh Paula Bosner Colorado sebagai Tennuvian.

Jenis Baka : Tersk
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pertunjukan
Catatan : Ia dipanggil sebagai Tersky atau Terskaya dan mula
dibangunkan di Rusia pada awal abad ke 20. Ia mula
dibiakkan di utara Caucasus.

Jenis Baka : Tolfetano
Negara : Itali
Kegunaan : Sumber daging
Mengembala lembu
Pengangkutan
Mengangkut kargo
Pasukan tentera
Catatan : Kuda ini berasal dari pergunungan Tolfa di utara wilayah
Rom. Ia dipercayai mempunyai darah kuda Berber.

Jenis Baka : Tori
Negara : Estonia
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pertunjukan
Catatan : Ia turut dipanggil sebagai Tory, Toric dan Toriiskaya ia
dibiakkan di Estonia. Kuda ini kemudiannya dilatih untuk
menjadi kuda sukan.

Jenis Baka : Trakehner
Negara : Lithuania
Kegunaan : Pengangkutan
Sukan berkuda
Pertunjukan
Catatan : Kuda ini berasal dari kuda Diraja Scythian pada abad ke-5 dan 6. Pada awal abad ke-18, Raja Prussia telah memilih baka
ini untuk menubuhkan pasukan berkuda yang
kuat dan tangkas.

Jenis Baka : Trakya
Negara : Turki
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda kargo
Catatan : Kuda ini berasal dari Turki dan telah berkembang biak di
kawasan Trakya hampir seribu tahun.

Jenis Baka : Tushin
Negara : Georgia
Kegunaan : Pengangkutan
Mengembala lembu
Catatan : Ia berasal dari kawasan timur Georgia dan mempunyai
kelasakan dalam kerja mengembala lembu.

Jenis Baka : Tuva
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Tuva atau Tuvinskaya berasal
dari Tuva yang terletak di Siberia. Kuda ini telah wujud
sejak dari zaman purba dengan saiz agak kecil. Hari ini
kuda Tuva memiliki saiz yang lebih besar kerana dikacukkan dengan kuda dari baka lain.

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak