may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF H


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (H)


Jenis Baka : Haflinger
Negara : Austria
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Kuda Persembahan
Kuda rekreasi
Catatan : Kuda ini berasal dari sebuah kampung bernama Hafling di
dalam daerah Tyrol yang terletak di kawasan pergunungan
di Austria. Kuda ini mula dikacukkan dengan kuda Arab
pada akhir abad ke-19.

Jenis Baka : Hanoverian
Negara : Jerman
Kegunaan : Sukan berkuda
Kuda Persembahan
Catatan : Kuda ini berasal dari Celle, Jerman dan mula dibiakkan oleh
Raja George II pada tahun 1735. Kuda ini memang dilatih
untuk aktiviti sukan berkuda dan dalam masa yang sama
mampu menjalankan tugasan am. Semasa era Perang
Napoleon, hampir semua baka kuda ini pupus dan kini mula
dibiakkan semula.

Jenis Baka : Heihe
Negara : China
Kegunaan : Kerja Pertanian
Pengangkutan
Kuda Pedati
Catatan : Kuda ini berasal dari kawasan sempadan China dan Rusia
di sepanjang kawasan Sungai Heilongjiang Basin di bandar
Heihe. Ia dipercayai berasal dari Mongolia dan
kemudian dikacukkan dengan kuda dari Rusia untuk
memperbaiki kualiti fizikalnya.

Jenis Baka : Heilongkiang
Negara : China
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini berasal dari dataran Song-liao di wilayah
Heilongkiang, utara China. Kuda ini mempunyai pengaruh
kuda Ardennes, Vladimir draft, Orlov, Don dan Kabarda.

Jenis Baka : Henson
Negara : Perancis
Kegunaan : Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Teluk Somme. Ia
berasal dari kawasan paya di Teluk Somme di Utara
Perancis. Kuda ini mempunyai pengaruh kuda Fjord
Norway. Kuda ini biasa digunakan dalam pelbagai jenis
bidang.

Jenis Baka : Hequ
Negara : China
Kegunaan : Kuda tunggangan
Sukan berkuda
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini turut disebut Hequl & Nanfanhe berasal dari
daerah Quinghui, Sichuan & wilayah Gansu berhampiran
kawasan Sungai Kuning. Kuda ini dipercayai telah wujud
sejak abad ke-7 dan sering dijadikan harta rampasan
perang. Maharaja China telah menternak kuda ini secara
sistematik untuk menyediakan pasukan kavalerinya. Hari
ini, kuda ini paling mudah ditemui di seluruh China.

Jenis Baka : Hessen
Negara : Jerman
Kegunaan : Kuda Persembahan
Catatan : Kuda ini berasal dari Hesse, Jerman. Kuda ini mula dibiakkan secara rasmi pada 1724. Kuda ini dilatih untuk berkembang biak menjadi kuda yang tangkas dan kuat untuk menjalankan tugas-tugas sukar.

Jenis Baka : Hinis
Negara : Turki
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Hinisin Kolu Kisasi Ati.
Terdapat sesetengah pendapat mengatakan kuda ini
sudah pupus, namun bukti menunjukkan ianya masih wujud dalam jumlah kecil di Turki. Maksud ”Hinisin Kolu Kisasi Ati” ialah ”kaki depan pendek dari kuda Hinis”. Kuda ini berasal dari kuda Turki Arab yang dibawa ke Hinis semasa Empayar Uthmaniyyah dan kemudian berkembang biak di Anadolu.

Jenis Baka : Hirzai
Negara : Pakistan
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Catatan : Kuda ini berkembang biak di Baluchistan, Afghanistan. Hari ini, kuda ini telah mendapat perlindungan khusus daripada pihak Pakistan daripada pupus dan musnah.

Jenis Baka : Hmong
Negara : Vietnam
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini merupakan kuda asli Vietnam dan memiliki saiz
yang kecil. Ia berasal dari wilayah terpencil Ha Giang,
Vietnam. Kuda ini dipercayai mempunyai pengaruh kuda
Sichuan dan kuda Tomorean.
Sumber : /www.theequinest.com

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak