may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF N


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (N)

Jenis Baka : Nambu
Negara : Jepun
Kegunaan : Istiadat Samurai
Kuda pertanian
Catatan : Kuda ini berasal dari Iwate, Jepun. Ia merupakan perkara
penting kepada masyarakat setempat sebagai sebahagian
dari budaya turun temurun.

Jenis Baka : Narragansett Pacer
Negara : Amerika
Kegunaan : Pengangkutan
Pasukan tentera berkuda
Catatan : Ia merupakan baka kuda pertama dari bahagian utara
Amerika dan telah dibangunkan buat pertama kalinya di
Teluk Narragansett, Rhode Island pada abad ke 17. Kuda
ini terkenal kerana ia mudah ditunggang dan menjadi
antara kuda kegemaran George Washington.

Jenis Baka : Narym
Negara : Rusia
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Ia berasal dari kawasan Sungai Ob di barat Siberia dan
mempunyai persamaan dengan kuda Priob. Kuda ini
dianggap kuda hutan disebabkan ciri fizikalnya yang agak
unik.

Jenis Baka : Neapolitan
Negara : Itali
Kegunaan : Pengangkutan
Pasukan tentera
Catatan : Ia berasal dari Naples, Itali pada abad ke-15 dan
dipercayai telah pupus. Pada abad tersebut, kuda ini amat
terkenal sebagai antara baka kuda berkualiti. Kuda ini
menjadi haiwan peliharaan bangsawan kerana prestijnya
dan menjadi kegunaan tentera kerana kebolehannya.

Jenis Baka : Draf Netherland
Negara : Netherland (Belanda)
Kegunaan : Kerja-kerja pertanian
Catatan : Kuda ini dihasilkan daripada kacukan kuda Zeeland dan
Ardennes. Ia dikatakan bermula pada 1914 dan pada hari
ini ia mula pupus setelah jentera berat muncul mengambil
alih tugas-tugasnya.

Jenis Baka : Nez Perce
Negara : Amerika
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Kuda ini berasal dari suku Idaho dan dikacukkan dengan
Akhal-Teke untuk meningkatkan kualiti kuda sedia ada.

Jenis Baka : Nogai
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Pertanian
Catatan : Ia berasal dari kawasan padang rumput Dagestan utara.
Kuda ini merupakan baka utama yang digunakan untuk
menghasilkan kuda Kabardian.

Jenis Baka : Noma
Negara : Jepun
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda ini berasal dari wilayah Noma County di Aichi, Jepun.
Ia mempunyai pengaruh kuda Mongolia dan telah
digunakan oleh penduduk setempat untuk membantu kerja-
kerja seharian.

Jenis Baka : Novokirghiz
Negara : Kyrgyzstan
Kegunaan : Pengangkutan
Sumber susu
Haiwan kargo
Catatan : Ia mula dibangunkan pada tahun 1930 dan berasal dari
kuda Kashi lama.

Jenis Baka : Novokirgizskaya
Negara : Kyrgyzstan
Kegunaan : Sumber susu
Sumber daging
Pengangkutan
Kerja pertanian
Mengangkut kargo
Catatan : Ia telah muncul pada tahun 1930 hasil kacukan kuda Kirgiz
lama. Asal-usulnya dikatakan bermula dari pergunungan
Kirgizia & Kazakhstan. Kuda ini merupakan hasil pengaruh kuda Mongolia dan kemudiannya dipelihara oleh puak tempatan selama
berabad-abad.

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak