may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF G


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (G)


Jenis Baka : Galshar
Negara : Mongolia
Kegunaan : Pengangkutan
Mengangkut barang
Catatan : Kuda Galshar merupakan kuda yang berasal dari daerah
Galshar Mongolia. Ia dibiakkan dan dilatih untuk dijadikan
sebagai kuda yang tangkas sesuai dengan keperluan sukan kuda yang popular dalam masyarakat Mongolia. Selain itu, kuda ini turut digunakan sebagai sumber daging dan juga susu kepada masyarakat setempat.

Jenis Baka : Gelderland
Negara : Belanda
Kegunaan : Kuda pedati
Kuda pertanian
Pengangkutan
Kuda persembahan
Catatan : Kuda ini berasal dari Gelderland, Belanda. Kebanyakan kuda ini digunakan untuk menarik pedati mewah di Eropah.

Jenis Baka : Giara
Negara : Itali
Kegunaan : Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini berasal dari Pulau Sardinia, Itali. Kuda-kuda ini
dipercayai berasal dari kuda Greek pada abad ke-5 atau
abad ke-4 SM. Kuda ini biasanya lebih dikenali sebagai
kuda liar.

Jenis Baka : Gidran
Negara : Hungary
Kegunaan : Kuda pertanian
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini mempunyai pengaruh Anglo-Arab dan Kisber.
Keturunan kuda ini pada asalnya merupakan kuda yang
diimport dari Arab Saudi ke Hungary pada tahun 1814.

Jenis Baka : Glasinacki
Negara : Bosnia
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini boleh ditemui di kawasan pergunungan Bosnia dan
mempunyai pengaruh kuda Arab.

Jenis Baka : Goklan
Negara : Turkmenistan
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini mempunyai pengaruh kuda Turanian yang dibiakkan oleh Turkoman Goklan di kawasan sempadan Iran. Ia juga mempunyai ciri-ciri kuda Arab dan Akhal-Teke serta dibesarkan dalam iklim yang mencabar.

Jenis Baka : Greyson
Negara : Amerika
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini hidup liar di Dataran Tinggi Taman Negara
Virginia. Dataran tinggi ini mempunyai ketinggian 5,000
kaki serta mengalami cuaca panas ekstrim di samping
angin yang terlalu sejuk. Kuda ini dikatakan
keturunan kuda dari Pulau Assateague.

Jenis Baka : Groningen
Negara : Belanda
Kegunaan : Kuda riadah
Kuda persembahan
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan kuda
Gelderland. Ia berkembang biak di wilayah Groningen hasil
kacukan kuda Friesian dan kuda Oldenburg.

Jenis Baka : Guangxi
Negara : China
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini berasal dari wilayah Sichuan dan Guangxi Zhuang.

Jenis Baka : Guanzhong
Negara : China
Kegunaan : Pertanian
Pengangkutan
Catatan : Kuda ini berasal dari wilayah Guanzhong yang terkenal
dengan produk pertanian. Pada tahun 1950, satu usaha
telah dilakukan untuk menghasilkan kuda yang sesuai
dengan kerja pertanian. Akhirnya, kuda Ardennes telah
digunakan dan berjaya dikacukkan bagi menghasilkan kuda Guanzhong hari ini.
Sumber : /www.theequinest.com

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak