may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF K


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (K)


Jenis Baka : Kabarda
Negara : Rusia
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda lumba
Catatan : Kuda ini Kabarda dikenali sebagai Kabardian & Kabardinskaya. Ia berasal dari Babardino-Balkar dan dipelihara oleh suku nomad. Ia dipercayai mempunyai hubungan yang kuat dengan kuda Turkmenistan. Kuda ini kemudiannya dikacukkan dengan pelbagai jenis baka kuda lain untuk meningkatkan kualiti kuda ini.

Jenis Baka : Kaimanawa
Negara : New Zealand
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini mula dikenali di New Zealand pada tahun 1814
dan direkodkan sebagai kuda liar dari pergunungan
Kaimanawa. Hari ini ia telah menerima pengaruh pelbagai
jenis baka kuda lain yang bertujuan untuk meningkatkan
kualitinya.

Jenis Baka : Kaldblodstraver
Negara : Norway
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda lumba
Catatan : Kuda ini amat terkenal di Norway sebagai haiwan utama
yang digunakan untuk perlumbaan kuda. Ia dipercayai
berasal dari keturunan kuda Dole yang telah dibiakkan
berkali-kali sehingga berubah menjadi kuda yang ringan dan pantas semasa perlumbaan. Kuda ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikannya hanya sesuai untuk perlumbaan kuda di kalangan negara Scandinavia dan bukan dengan kuda dari negara-negara yang tidak berkenaan.

Jenis Baka : Kandachime
Negara : Jepun
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Kandachi &
Handachine. Ia berasal dari wilayah Aomori. Kuda ini
sedang dalam program kacukan dengan pelbagai baka
kuda lain untuk meningkatkan kualiti sedia ada.

Jenis Baka : Karabair
Negara : Uzbekistan
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Sumber daging
Sukan berkuda
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Karabairskaya iaitu dari
baka Karabair yang merupakan salah satu baka kuda kuno
berasal dari Asia Tengah. Ia memiliki kebolehan kuda
padang pasir dan juga kuda padang rumput. Ini
menyebabkan kuda ini telah menjadi pilihan dinasti
kerajaan China masa lalu untuk mendapatkan keperluan
pasukan kuda perang mereka.

Jenis Baka : Karacabey
Negara : Turki
Kegunaan : Kuda Tunggangan
Sukan berkuda
Catatan : Kuda ini berasal dari rantau Marmara, Turki dan dipercayai
telah pupus sejak tahun 1979. Ia memiliki kebanyakan
kebolehan yang ada pada kuda Arab.

Jenis Baka : Karakacan
Negara : Turki
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini berasal dari Turki dan ia telah dibiakkan dengan
kuda dari baka lain semasa era Turki Uthmaniah.

Jenis Baka : Kathiawadi
Negara : India
Kegunaan : Sukan Polo
Pasukan Tentera
Kuda Tunggangan
Kuda Lumba
Catatan : Kuda ini memiliki bentuk telinga yang unik dan tidak dimiliki
oleh baka kuda lain. Ia dipercayai mula membiak dari
kawasan Kathiawar, India. Menurut sumber lisan tempatan, ia merupakan baka kuda yang terhasil dari percampuran kuda tempatan dan kuda Arab yang diperolehi dari kapal Arab yang karam di Pelabuhan Veraval, India. Ia kemudiannya dibiakkan secara berterusan dan mengekalkan ciri istimewa sehingga hari ini. Kuda ini telah membuktikan kebolehan dari ketangkasan dan kesetiaan kepada penunggangnya.

Jenis Baka : Kazakh
Negara : Rusia
Kegunaan : Kuda Tunggangan
Sumber Daging
Sumber Susu
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Kazakhskaya dan memiliki
persamaan dengan kuda Kazakh China. Ia dipercayai
wujud sejak abad ke-5 SM dan telah dipengaruhi oleh
pelbagai baka kuda lain seperti baka Mongolia, Karabair,
Arab dan Akhal-Teke. Kuda ini dibiakkan di padang rumput
sepanjang tahun dan mempunyai kelasakan tersendiri.
Namun demikian, prestasi kuda ini tidak diketahui
disebabkan ketiadaan bukti yang jelas.

Jenis Baka : Ke-Er-Qin
Negara : Mongolia
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kerja ladang
Catatan : Kuda ini berasal dari padang rumput Keerqin, Mongolia.
Kuda ini telah menerima pengaruh kuda Sanhe, Don dan
Ardennes.

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak