may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF I


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (H)


Jenis Baka : Iomud
Negara : Turkmenistan
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda Lumba
Catatan : Kuda ini dikenali sebagai Iomudskaya & Yamud. Pada
asalnya, kuda ini merupakan baka kuda purba masyarakat
suku Iomud di selatan Turkmenia. Kuda ini dibesarkan
di kawasan padang rumput dan mempunyai pengaruh kuda
Arab.

Jenis Baka : Ireland (Draft)
Negara : Ireland
Kegunaan : Kuda pertunjukan
Kuda lumba
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini dihasilkan untuk kerja-kerja pertanian di Ireland.
Ia dilahirkan dalam iklim yang sukar dan ini membentuk
ketahanan fizikal yang baik untuk kuda ini. Pada 1172 Masihi, Anglo-Norman telah menyerang pulau Britain dan membawa masuk kuda dari Perancis dan Flanders sebagai sebahagian dari angkatan tentera mereka. Kuda ini kemudiannya telah dikacukkan dengan kuda Andalusia yang terkenal dengan kualiti yang baik.

Jenis Baka : Israeli
Negara : Israel
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda lumba
Catatan : Kuda ini terhasil dari percampuran pelbagai jenis baka
kuda, namun ia mempunyai perbezaan yang ketara
dengan kuda Arab. Baitulmaqdis yang merupakan lokasi
peperangan sejak beribu tahun yang lalu sentiasa
menerima baka kuda yang berbeza-beza dan
kemudiannya saling membiak seterusnya menghasilkan kuda
Israel hari ini.

Jenis Baka : Trotter Itali
Negara : Itali
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda lumba
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Italiano Trottatore.
Biasanya sering digunakan untuk acara perlumbaan kuda
dan pelbagai acara equestarian yang lain. Kuda ini
dihasilkan daripada kacukan pelbagai jenis kuda popular
dari seluruh dunia seperti Thoroughbreds, Trotters
Amerika, kuda Rusia dan Norman trotters.
Sumber : /www.theequinest.com

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak