may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF P


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (P)

Jenis Baka : Palomino
Negara : Amerika
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda Pertunjukan
Catatan : Warna kuda ini terhasil daripada kecairan gen krim yang
ada padanya. Ia boleh didapati dikebanyakan kuda di
dunia tetapi Amerika adalah pihak pertama yang telah
menjadikannya sebagai baka khusus. Asal usul gen
Palamino masih lagi dianggap misteri sehingga kini.

Jenis Baka : Panje
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Haiwan Pertanian
Pengangkut Kargo
Catatan : Ia berketurunan kuda Konik Poland dan memiliki
pengaruh kuda Hucul dan Albania. Kuda ini kemudiannya
turut menerima pengaruh kuda Arab dan berjaya
meningkatkan kualitinya dalam kerja pertanian. Hari ini, ia
menjadi kurang penting dan lebih banyak digunakan untuk
tunggangan.

Jenis Baka : Pantaneiro
Negara : Brazil
Kegunaan : Mengembala lembu
Pengangkutan
Sukan equestarian
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Poconeao & Mimiseano
Pantaneiro dan berasal dari Utara Mato Grasso di rantau
Panatanal Brazil. Ia mempunyai kelasakan yang
mengagumkan kerana membesar di kawasan berpaya.
Kuda ini juga mempunyai imuniti yang tinggi terhadap
serangan penyakit haiwan ternakan.

Jenis Baka : Paso Fino
Negara : Colombia, Cuba, Republik Dominican, Peru
Kegunaan : Pengangkutan
Mengembala lembu
Kuda Pertunjukan
Sukan Endurance
Catatan : Kuda ini berasal dari kacukan keldai betina Sepanyol &
Andalusia. Ia telah dibiakkan di seluruh Amerika Selatan.

Jenis Baka : Patibarcina
Negara : Cuba
Kegunaan : Pengangkutan
Haiwan Pertanian
Catatan : Kuda ini berasal dari kacukan kuda Criollo asli dengan kuda
Andalusia. Kuda ini kemudiannya turut dikacukkan dengan
kuda Kanada.

Jenis Baka : Pechora
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Haiwan Pertanian
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Pechorskaya dan berasal dari
lembangan Sungai Pechora di Rusia. Kuda ini mempunyai
kelasakan yang mengagumkan kerana membesar dalam
persekitaran yang sukar.

Jenis Baka : Percheron
Negara : Perancis
Kegunaan : Sumber daging
Pengangkutan
Catatan : Ramai yang berpendapat ia memiliki keturunan kuda purba.
Kuda ini mempunyai kaitan dengan kuda Boulonais yang
berasal dari kawasan Le Perche, iaitu sempadan Normandy di Perancis. Ia kemudiannya dikacukkan dengan kuda Arab untuk memperbaiki kualitinya.

Jenis Baka : Pintabian
Negara : Amerika
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pertunjukan
Sukan Equisterian
Catatan : Kuda ini dihasilkan dari kacukan kuda Arab dengan kuda
Paint. Ia mula diiktiraf sebagai baka kuda baru pada tahun
1992.

Jenis Baka : Poitevin
Negara : Perancis
Kegunaan : Haiwan Pertanian
Sumber daging
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Mulassier dan berasal dari
kawasan paya di barat Perancis. Kuda ini mengekalkan ciri-
ciri primitif sehingga kini dan dibiakkan kerana keunikannya.

Jenis Baka : Posavac
Negara : Croatia
Kegunaan : Haiwan pertanian
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Pasavac Croation, Posavina,
Busak Posavec, Posavic Hrvatski. Hari ini, jumlah kuda Posavac sangat kecil.

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak