Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (O)

Jenis Baka : Oberlander
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pertunjukan
Memburu
Membawa kargo
Mengembala lembu
Catatan : Baka kuda ini berasal dari Bavaria, Selatan Jerman. Ia
dipercayai merupakan keturunan dari baka kuda perang
yang digunakan oleh empayar Rom semasa menewaskan
Jerman. Kuda ini kemudiannya telah menerima pengaruh
pelbagai jenis kuda seperti Belgium, Clydesdale, Norfolk,
Cleveland Bay, Friesian dan Norman.

Jenis Baka : Oldenburger
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pertunjukan
Kuda latihan
Catatan : Kuda ini pada asalnya diwujudkan untuk tujuan memenuhi
keperluan masyarakat setempat. Ia berasal dari wilayah
Oldenburg, Friesland Timur dan memiliki pengaruh kuda
Fresian. Kuda ini kemudiannya menerima pengaruh
Thoroughblood dan Norfolk Roadster sehingga
menjadikannya kuda yang ideal dalam tugas kerja
pertanian mahupun acara bersukan.

Jenis Baka : Orlov
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Tentera
Kuda pertunjukan
Catatan : Ia mula diasaskan oleh Count Orlov dari Rusia pada abad
ke-18. Kuda ini telah dilatih supaya mampu menghadapi
situasi suhu sejuk melampau sesuai dengan persekitaran
Rusia. Selepas era peperangan berakhir di Rusia, baka kuda ini mula dibiakkan semula dengan mengacukkannya dengan kuda Akhal Teke bagi memperbaiki kualiti kuda Orlov.

No comments:
Post a Comment