may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF Y


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (Y)

Jenis Baka : Yabou
Negara : Turkmenistan
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Kuda ini pada asalnya sering digunakan sebagai haiwan
kargo oleh masyarakat setempat. Ia mempunyai
keupayaan untuk hidup dalam iklim yang sukar.

Jenis Baka : Yakut
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pengangkut barang
Sumber daging
Sumber susu
Kuda lumba
Catatan : Kuda Yakut berasal dari Utara dan Tengah Siberia. Ia
mampu hidup dalam keadaan suhu yang sangat rendah
dan kekurangan makanan.

Jenis Baka : Kuda Yaman
Negara : Yaman
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Ia berasal dari Yaman dan merupakan antara kuda baka
asli di bahagian utara Arab.

Jenis Baka : Yanqi
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Sumber susu
Kerja pertanian
Catatan : Kuda Yanqi berasal dari wilayah Xianjiang, China dan
merupakan keturunan kuda Mongolia yang dibawa masuk
pada abad ke-13.

Jenis Baka : Yili
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Ia berasal dari lembangan Gunung Yili-Kazakh, China. Kuda
ini telah dipengaruhi oleh kuda Don, Orlov Trotter dan
Anglo Don.

Jenis Baka : Yonaguni
Negara : Jepun
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda ini berasal dari pulau-pulau yang terletak di barat
daya Jepun. Walaupun ia memiliki asal usul yang misteri, ia
dijangkakan telah wujud di kawasan pulau berkenaan
hampir 2000 tahun yang lalu. Terdapat sesetengah
sumber mengatakan bahawa ia datang dari Cheju, Korea.
Kuda ini merupakan antara keperluan utama penduduk
setempat khususnya untuk kerja harian. Baka kuda ini
kemudiannya diperbaiki bagi menghasilkan kuda perang
yang berkualiti dan tangkas.

Jenis Baka : Yunnan
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda ini berasal dari kawasan Gunung Wuron China dan
dibiakkan tanpa pencampuran baka kuda lain. Ia dikatakan
telah muncul pada 285 SM dan kekal sehingga hari ini
walaupun dalam jumlah yang kecil.

Jenis Baka : Yururi
Negara : Jepun
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Kuda ini berasal dari Pulau Yururi yang memiliki fizikal muka
bumi yang mendatar. Ia ditumbuhi dengan rumput hijau
dan amat sesuai untuk kehidupan seekor kuda.

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak