may Allah Bless you

Wednesday 9 May 2012

BAKA KUDA HURUF D


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (D)


Jenis Baka : Dahoman
Negara : Hungary
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda persembahan
Catatan : Kuda ini mempunyai pengaruh kuat kuda Arab. Kuda ini mula dibiakkan di Babolna, Hungary oleh seorang individu berbangsa Arab pada tahun 1846. Kuda ini pernah ditingkatkan kualitinya melalui kacukan dengan kuda Arab, Tadmor, Shagya dan Gidran. Hari ini, kuda Dahoman seringkali dikacukkan dengan kuda Thoroughbred Inggeris. Dari segi fizikalnya, kuda ini mempunyai ketinggian melebihi kuda Arab Shagya tetapi mempunyai kebolehan yang hampir sama. Ini menjadikannya sebagai pilihan yang tepat untuk aktiviti ketenteraan.

Jenis Baka : Danubian
Negara : Bulgaria
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pedati
Kuda beban
Menjaga ternakan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Dunav. Ia merupakan
kuda draft ringan yang dibiakkan di Bulgarian. Kuda ini mula dibiakkan pada tahun 1924 di Pleven, Bulgarian. Sejak dari awal lagi, kuda ini telah digunakan untuk aktiviti pertanian. Namun pada hari ini, ia mula dibiakkan semula untuk menghasilkan baka yang sesuai untuk acara sukan.

Jenis Baka : Darashouri
Negara : Iran
Kegunaan : Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Darashouli yang berasal
dari Fars, selatan Iran. Asal-usul kuda ini tidak diketahui.

Jenis Baka : Datong
Negara : China
Kegunaan : Kuda pertanian
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini dikatakan telah wujud 4000 tahun dahulu dan
merupakan antara hidupan asal di lembah Sungai Datong
di Utara Qinghai. Kuda ini sering dikaitkan dengan kuda
naga yang mempunyai kekuatan daya tahan yang luar
biasa. Ia dipercayai mula dikenali pada zaman Raja Mu
kerana diabadikan dalam karya ukiran. Menurut
sesetengah pendapat, kuda ini mempunyai dua tulang kecil yang menonjol di dahinya seperti sepasang tanduk.

Jenis Baka : Dole Gudbrandsdal
Negara : Norway
Kegunaan : Tenaga kerja pertanian
Kuda riadah
Kuda lumba tradisional
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Ostlandhester, Dole dan
Norway Trotter Trotter. Ia mula dibiakkan dengan meluas
pada pertengahan abad ke-19. Selain itu, ia juga
mempunyai pengaruh kuda Friesian. Kuda ini terbahagi
kepada dua jenis iaitu kuda yang digunakan untuk pertanian dan untuk tunggangan. Kuda ini turut digunakan dengan meluas dalam acara sukan kuda tradisional.

Jenis Baka : Dolny-Iskar
Negara : Bulgaria
Kegunaan : Membantu aktiviti penduduk setempat
Catatan : Kuda Dolny-Iskar berasal dari Utara Bulgaria.

Jenis Baka : Don
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan di kawasan gunung
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Donskaya. Baka ini dibiakkan di kawasan sungai Don dan kemudiannya menerima pengaruh kuda Arab, Karabakh dan Akhal-Teke. Nama kuda Don secara rasmi mula digunakan pada tahun 1549. Kuda ini amat terkenal disebabkan keupayaannya menghadapi peperangan Rusia-Perancis semasa zaman Napoleon.

Jenis Baka : Dongola
Negara : Sudan
Kegunaan : Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Dongolah atau Dongolawi.
Ia dipercayai berasal dari kawasan Dongala di Sudan.

Jenis Baka : Dosanko
Negara : Jepun
Kegunaan : Untuk kegunaan pertanian di daerah pergunungan
Pengangkutan
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Hokkaido. Ia berasal
dari Pulau Hokkaido, Jepun dan merupakan salah satu
keturunan kuda paling banyak ditemui di Jepun. Keturunan
kuda ini dipercayai dibawa ke pulau Hokkaido oleh nelayan
Korea sekitar abad ke-15. Kuda ini mempunyai pengaruh
kuda Mongolia. Kuda ini secara turun temurun dibesarkan
dalam iklim sejuk yang melampau sehingga mempengaruhi
bentuk fizikalnya menjadi lebih gemuk.

Jenis Baka : Drum
Negara : Inggeris
Kegunaan : Istiadat perarakan
Catatan : Kuda ini digunakan oleh rejimen Pasukan berkuda
Inggeris untuk acara perbarisan. Kuda ini memainkan
peranan membawa dua buah drum yang berat sepanjang
acara perbarisan.
Sumber : /www.theequinest.com

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak