may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF L


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (L)


Jenis Baka : Latvia
Negara : Latvia
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda pertunjukan
Sukan berkuda
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Latviskaya berasal dari
Latvia. Kuda ini mempunyai pengaruh kuda Oldenburg,
Hanoverian dan Holstein. Ia mempunyai kaitan dengan
kuda Gudbrandsdal Dole.

Jenis Baka : Leutstetten
Negara : Hungary
Kegunaan : Pengangkutan
Tentera
Sukan
Memburu
Catatan : Ia juga turut dikenali sebagai Leutstettener dan mula dibiakkan secara sistematik pada awal abad ke-19. Ia telah dikacukkan dengan pelbagai jenis kuda untuk menghasilkan kuda terbaik.

Jenis Baka : Lichuan
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Mengangkut barang
Catatan : Ia berasal dari bahagian barat daya Hubei, China. Daerah
ini amat dikenali kerana memiliki tradisi menunggang kuda.
Sehingga hari ini, kuda Lichuan merupakan barangan yang
amat beharga.

Jenis Baka : Limousin
Negara : Perancis
Kegunaan : Kuda tunggangan
Sukan berkuda
Catatan : Ia berasal dari Limousin, Perancis. Kuda ini mempunyai kebolehan yang membanggakan.

Jenis Baka : Lipizzan
Negara : Austria
Kegunaan : Pengangkutan
Pertunjukan
Catatan : Kuda ini berasal dari Kuda Iberia Kuno yang sering
dikaitkan dengan kemasyhuran Rom. Baka ini telah dilatih
dari satu generasi ke satu generasi selama dua abad
dan menjadikannya memiliki DNA yang hebat dalam melakukan pergerakan yang cantik dan anggun.

Jenis Baka : Lippitt Morgan
Negara : Amerika
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda pertunjukan
Catatan : Baka ini telah bermula pada tahun 1910 apabila Fullerton
Phillips telah cuba untuk meningkatkan kualiti kuda
Morgan. Usaha beliau tidak berhasil sehingga usaha ini
diambil alih oleh Robert Lippitt Knight yang akhirnya
menghasilkan kuda yang dikenali sebagai Lippitt Morgan.

Jenis Baka : Ljutomer
Negara : Slovenia
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini dipercayai berasal dari Ljutomer, Slovenia yang
amat terkenal sebagai kawasan paling produktif
menghasilkan kuda.

Jenis Baka : Llanero
Negara : Venezuela
Kegunaan : Pengangkutan
Membawa barang
Mengembala lembu
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Criollo Venezuela dan
dipercayai telah dibawa ke Buenos Aires oleh Penjajah
Sepanyol dalam tahun 1535. Cuaca melampau di
Venezuela telah menjadikan kuda ini lasak dan tahan terhadap rintangan penyakit.

Jenis Baka : Lokai
Negara : Tajikistan
Kegunaan : Kuda tunggangan
Membawa kargo
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Lokaiskaya dan berasal dari
kawasan tengah dan selatan Tajikistan. Kuda ini
mempunyai pelbagai pengaruh baka kuda lain seperti
Iomud, Akhal-teke, Karabair dan Arab.

Jenis Baka : Lombok
Negara : Indonesia
Kegunaan : Industri pelancongan
Catatan : Ia berasal dari kepulauan Lombok, Indonesia. Belanda mula
menjajah pulau ini pada abad ke-19 dan membawa
bersama mereka kuda untuk kegunaan mereka. Keturunan
kuda ini dipercayai telah menghasilkan kuda lombok yang
terdapat pada hari ini.

Jenis Baka : Lyngen
Negara : Norway
Kegunaan : Pengangkutan
Pertunjukan
Membawa barang
Catatan : Kuda ini dipercayai berasal dari kawasan Timur Norway
dan hampir pupus semasa Perang Dunia Kedua sebelum
dibangunkan semula.

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak