may Allah Bless you

Monday 7 May 2012

BAKA-BAKA KUDA BERMULA HURUF B


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (B)


Jenis Baka : Baguales
Negara : Argentina
Kegunaan : Kuda liar
Catatan : Kuda Baguales merupakan kuda liar di kawasan-kawasan
Pampas, Argentina. Kuda ini mampu menghadapi
perubahan iklim yang tidak menentu. Pada asalnya, kuda
ini berkembang biak dari abad ke-16 semasa penjajah
Sepanyol membawa masuk kuda-kuda mereka ke
Argentina. Kuda-kuda ini kemudiannya dilepaskan bebas
di kawasan Argentina dan kemudiannya membentuk
sekumpulan kuda liar Argentina pada hari ini. Hari ini,
kuda-kuda liar tersebut boleh ditemui berkeliaran di
Pampas dan Rio de la Plata berhampiran Buenos Aires.

Jenis Baka : Baguio
Negara : Filipina
Kegunaan : Pengangkutan
Menarik pedati
Catatan : Kuda ini pada asalnya adalah campuran dari kuda yang
dibawa dari Brazil dan Amerika Selatan. Ia banyak
digunakan oleh para pedagang yang kemudian
meninggalkan haiwan mereka sehingga membentuk kuda
ini. Kuda ini didapati memang sengaja dibiakkan untuk
mendapatkan saiz yang kecil dan mudah dikendalikan.
Disebabkan cuaca persekitarannya yang panas dan lembab kuda ini mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit.

Jenis Baka : Bahr-El-Ghazal
Negara : Chad
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda Bahr-El-Ghazal berasal dari kuda Dongala. Kuda
Bahr-El-Ghazal secara fizikalnya lebih tinggi dari Dongala
tetapi memiliki keupayaan yang tidak setanding dengan
Dongala.

Jenis Baka : Baikal
Negara : Rusia
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda bersaiz kecil ini boleh ditemui di kawasan-kawasan
Tasik Baikal bersempadan dengan Mongolia. Biasanya ia
digunakan untuk tugas seharian, pengangkutan, dan juga
untuk pelancongan di mana pelancong boleh menyewa
kuda bersama-sama dengan sebuah rumah. Ia mempunyai
keupayaan melalui jalan kasar dan tidak sempurna tanpa
sebarang masalah.

Jenis Baka : Baise/Guangxi
Negara : China
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda kargo barang
Sumber daging
Catatan : Ia dibiakkan di kawasan padang rumput dan akan dibiarkan bebas apabila tidak memiliki tugasan. Kuda ini telah wujud dalam wilayah Guangxi sejak turun temurun. Ada sesetengah sumber mengatakan ladang penternakan kuda ini telah wujud sejak 206-25 SM.

Jenis Baka : Baixadeiro
Negara : Brazil
Kegunaan : Pengangkutan
Aktiviti pertanian
Upacara & temasya
Catatan : Kuda ini bersaiz kecil dan mendiami kawasan berpaya di
Brazil. Hari ini, usaha pembiakan kuda ini giat dijalankan
untuk mengelakkannya pupus. Kuda ini biasa ditemui di
kawasan Maranhense dan hampir meyerupai kuda
Pantaneiro tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil.

Jenis Baka : Padi Bajau
Negara : Malaysia
Kegunaan : Pengangkutan
Membawa barang pertanian
Catatan : Kuda ini berkembang biak di daerah Bajau. Cuaca yang
lembap dan ciri iklim tropika telah menjadikan kuda ini
tahan terhadap jangkitan parasit. Terdapat fakta yang menyatakan bahawa kuda ini sangat mudah menyesuaikan diri dengan iklim tropika yang panas dan ekstrim. Justeru membuatkannya menjadi aset berharga bagi masyarakat tempatan.

Jenis Baka : Bakhtiari
Negara : Iran
Kegunaan : Kuda lumba
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda Bakhtiari berasal dari kuda Parsi di Dataran Tinggi
Iran. Kuda-kuda ini dipelihara dan dibiakkan oleh suku
Bakhtiari di Wilayah Khuzestan di selatan Iran. Kuda ini
mempunyai pengaruh kuda Arab tetapi secara fizikalnya
ia lebih tinggi dari kuda Arab itu sendiri.

Jenis Baka : Baladi
Negara : Mesir
Kegunaan : Sukan berkuda
Tungangan rekreasi
Catatan : Kuda Mesir dipercayai mempunyai pengaruh besar dari
kuda Arab. Kemasukan kuda Inggeris kemudiannya telah
meningkatkan kelajuan & saiz. Walau bagaimanapun, kuda ini tidak mendapat perhatian penternak & suku Arab di Mesir. Walaupun kuda-kuda ini diakui mempunyai daya pecutan yang pantas untuk jarak pendek, namun ia masih tidak setanding dengan keupayaan kuda Arab.

Jenis Baka : Balearic
Negara : Sepanyol
Kegunaan : Haiwan ternakan
Kuda pengangkutan
Kuda persembahan
Catatan : Kuda ini boleh ditemui di Pulau Majorca di pantai selatan
Sepanyol. Kuda-kuda ini dipercayai merupakan keturunan
kuda Yunani berdasarkan persamaan bentuk fizikalnya
dengan lukisan yang ditemui pada zaman Yunani.

Jenis Baka : Kuda Padi Bali
Negara : Indonesia
Kegunaan : Membawa beban
Kuda tunggangan
Catatan : Kuda ini boleh ditemui di Pulau Bali Indonesia. Kuda ini
mempunyai kekuatan yang tidak sepadan dengan saiznya
yang kecil disamping kemampuan menghadapi jangkitan
penyakit. Keturunan asal kuda ini dipercayai telah dibawa
masuk oleh para pedagang dari China pada abad ke-6 M
dan kemudiannya menerima pengaruh kuda India dan
kuda Belanda dalam abad ke-18.

Jenis Baka : Balikun
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda tunggangan
Kuda muatan
Catatan : Kuda ini dibiakkan sebagai kuda untuk tujuan kerja-kerja
membawa beban dagangan. Ia mempunyai kebolehan
merentasi kawasan berbatu yang luas tanpa sebarang
masalah. Kuda ini mempunyai pengaruh keturunan kuda
Kazakh dan Monggolia. Ia diiktiraf sebagai salah satu dari
baka kuda China yang asli dan dipercayai telah wujud
sekitar 200 tahun yang lalu.

Jenis Baka : Baluchi
Negara : Pakistan
Kegunaan : Kuda untuk beriadah
Sukan berkuda
Untuk membawa beban
Catatan : Kuda ini memiliki keunikan pada bahagian telinganya sama
seperti kuda Marwari. Ia merupakan kuda asli Pakistan
dan mempunyai kekuatan dan ketahanan yang baik.

Jenis Baka : Banamba
Negara : Mali
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Kuda Beledougou turut dikenali sebagai kuda Banamba. Ia
mempunyai darah keturunan Barb Afrika dan juga kuda
Arab. Ia kemudiannya dibiakkan di Mali, Afrika.
Sumber : /www.theequinest.com

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak