may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF S


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (S)

Jenis Baka : Salerno
Negara : Itali
Kegunaan : Pengangkutan
Pertanian
Kuda pertunjukan
Tentera
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Persano dan berasal dari Campania, Itali pada abad ke 28. Kuda ini terhasil dari kacukan kuda
Neopolitan, Lipizzaner dan Arab.

Jenis Baka : Samolaco
Negara : Itali
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Ia berasal dari Valtellina, Itali dan merupakan sebahagian
dari haiwan Sepanyol yang muncul di Itali pada abad ke-
17.

Jenis Baka : San Fratello
Negara : Itali
Kegunaan : Pengangkutan
Sumber daging
Pasukan tentera
Catatan : Ia berasal dari San Fratello di kaki gunung Nebrodi di Timur
Sicilly, Itali. Ia mempunyai pengaruh kuda Sardinia,
Murgese, Sicily, Camargue dan Andalusia.

Jenis Baka : Sandan
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda kargo
Catatan : Ia berasal dari Ladang Sandan di kaki gunung Qilian Shan
di China. Kuda ini telah dibiakkan pada ketinggian 8000 kaki dan mempunyai suhu yang menghampiri takat beku. Ia mempunyai kebolehan menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk dan hampir beku.

Jenis Baka : Sanhe
Negara : China
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda lumba
Catatan : Kuda ini berasal dari Timur Mongolia di kawasan lembangan
padang rumput berhampiran tiga sungai. Ia dianggap
antara baka kuda terbaik di China dan dipercayai baka ini
telah wujud hampir 1000 tahun yang lalu. Hari ini, ia
memiliki pengaruh kuda luar terutamanya dari Rusia.

Jenis Baka : Sardinia
Negara : Itali
Kegunaan : Pengangkutan
Catatan : Kuda Sardinia berasal dari pulau Sardinia Itali. Ada sumber
yang mengatakan kuda ini berasal dari kuda Arab, kuda
Afrika Utara dan Andalusia.

Jenis Baka : Saxony Warmblood
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Sukan kuda
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Saxony Anhaltiner dan berasal dari Timur Jerman dan ia merupakan baka kuda Warmblood
yang jarang dijumpai.

Jenis Baka : Selle Français
Negara : Perancis
Kegunaan : Pengangkutan
Pertunjukan
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Cheval Demi. Kuda ini dilatih
untuk menjadi kuda sukan yang ideal hasil kacukan
dengan kuda Trotters, Thoroughbreds, Arab, Anglo-Arab
dan Anglo Norman.

Jenis Baka : Senne
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda latihan menunggang
Pasukan tentera
Catatan : Ia dikenali sebagai Senne ataupun Senner berasal dari
kawasan paya Senne di Jerman. Kuda ini telah dikacukkan
dengan kuda Arab, Thoroughbred dan kuda Sepanyol.
Jumlah kuda ini semakin merosot dan usaha pembiakan
sedang giat dijalankan.

Jenis Baka : Shagya Arab
Negara : Hungary
Kegunaan : Pengangkutan
Sukan kuda
Endurance
Mengembala kambing
Catatan : Kuda ini muncul semasa pendudukan Turki di Hungary.
Pada masa tersebut, banyak kuda baka Arab turut dibawa
masuk sebagai kenderaan khas pasukan berkuda Turki.
Kuda Arab ini kemudiannya telah berkembang biak dan
bercampur dengan kuda Hungary.

Jenis Baka : Shire
Negara : England
Kegunaan : Kuda kargo
Penarik pedati
Kuda pertunjukan
Catatan : Ia merupakan kuda jenis draf. Ia muncul di Britain pada
akhir abad ke 16 apabila haiwan yang kuat amat
diperlukan bagi menarik gerabak berat. Kuda ini amat
terkenal dengan kekuatan dan bukan ketangkasannya.

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak