may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF M


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (M)


Jenis Baka : Malakin
Negara : Turki
Kegunaan : Pengangkutan
Kerja Pertanian
Catatan : Ia turut dikenali sebagai Ardahan dan mampu hidup di
kawasan padang pasir. Kuda ini dikatakan telah wujud
sejak 150 tahun yang lalu dan dibawa ke bahagian timur
Turki oleh pendatang Caucasus. Ia memiliki pengaruh baka
Ardennes, Percheron, Shire, Clydesdale, Orlov dan
sebagainya.

Jenis Baka : Mallorquin
Negara : Sepanyol
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda pertunjukan
Kuda pertanian
Catatan : Kuda ini dipercayai datang dari Pulau Mallorca, Sepanyol.
Ia mempunyai susur galur yang misteri, namun kini ia
memiliki pengaruh kuda Arab dan Andalusia yang bertujuan
meningkatkan kualitinya.

Jenis Baka : Malopolski
Negara : Poland
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pertanian
Sukan berkuda
Catatan : Kuda ini telah dibesarkan di barat daya Poland. Ia mula
dibiakkan pada abad ke-19 dan memiliki pengaruh Arab,
Perancis Anglo-Arab, Gidran dan Furioso. Kuda Malopolski mempunyai penampilan yang menarik.

Jenis Baka : Mangalarga Marchador
Negara : Brazil
Kegunaan : Mengembala lembu
Sukan berkuda
Pengangkutan
Catatan : Ia merupakan kuda yang amat popular di Brazil dan mula
dibiakkan pada tahun 1740 oleh Joao Francisco dari Portugal. Kuda ini telah dikawal dari pembiakan bagi memastikan bakanya benar-benar tulen dan tidak bercampur dengan baka kuda lain.

Jenis Baka : Manipuri
Negara : India
Kegunaan : Sukan berkuda
Pasukan tentera berkuda
Catatan : Ia merupakan baka kuda kuno dari India dan mempunyai
darah kuda Mongolia dan juga kuda Arab. Ia amat popular
digunakan sebagai kuda polo sejak abad ke-7.

Jenis Baka : Marajoara
Negara : Portugal
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Kuda ini berasal dari Pulau Marajo dan dibawa oleh peneroka Portugis pada tahun 1702. Ia kemudiannya dikacukkan dengan kuda Arab, Alter dan beberapa baka lain. Kuda ini kemudiannya berkembang biak dengan persekitaran setempat dan membentuk ciri-ciri baka kuda Marajoara yang tersendiri.

Jenis Baka : Maremmano
Negara : Itali
Kegunaan : Pengangkutan
Sukan kuda
Kuda endurance
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Maremmano dan dipercayai
telah dibiakkan sejak dari zaman purba di kawasan paya
antara Pisa dan Caserta. Ia dipercayai berasal dari
kawasan Afrika Utara.

Jenis Baka : Marwari
Negara : India
Kegunaan : Pengangkutan
Istiadat perkahwinan
Catatan : Kuda ini berasal dari India dan terkenal kerana memiliki
telinga yang bersentuhan. Ia terhasil dari pelbagai baka
kuda yang digunakan semasa era perperangan yang
berlaku di India. Mempunyai kaitan rapat dengan kuda
Kathiawari dan kedua-duanya menunjukan pengaruh kuda
Arab. Sejak dari dahulu lagi kuda ini amat terkenal sebagai
kuda yang sering digunakan oleh pasukan berkuda India.

Jenis Baka : Mecklenburg
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda sukan
Catatan : Kuda ini dipercayai berasal dari rantau Mecklenburg-
Vorpommern bahagian Timur Laut Jerman. Pada abad ke-
19, ia merupakan antara kuda paling popular digunakan
dalam peperangan Perancis-Jerman.

Jenis Baka : Menorquin
Negara : Sepanyol
Kegunaan : Pengangkutan
Perayaan setempat
Catatan : Kuda ini merupakan salah satu baka kuda yang baru
muncul. Namun masyarakat Monarca sentiasa
menganggap ia sebagai baka kuda terbaik dan tercantik
berbanding baka kuda lain. Ia mempunyai darah kacukan
kuda Arab, Andalusia dan baka kuda lainnya.

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak