may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF F


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (F)


Jenis Baka : Perancis Ardennais
Negara : Perancis
Kegunaan : Aktiviti pertanian
Sumber daging
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Ardennais. Ia
merupakan antara kuda tertua di Perancis dan mempunyai
kaitan langsung dengan kuda Solutre. Terdapat sumber
mengatakan kuda ini telah wujud sejak dari era Julius
Caesar sehinggalah era Napoleon. Kuda ini kemudiannya
telah dikacukkan dengan kuda Draft Belgium bagi
menghasilkan kuda yang sesuai untuk membantu kerja
pertanian serta dapat dijadikan sumber daging.

Jenis Baka : Fjord
Negara : Norway
Kegunaan : Kuda pertanian
Kuda ternakan
Kuda riadah
Kuda persembahan
Catatan : Kuda ini mempunyai banyak ciri-ciri kuda kuno. Kuda ini
dibawa masuk oleh orang-orang Viking sebagai kuda
perang dan bukan untuk tujuan pertanian. Selepas
era Viking tamat, pengaruh kuda ini boleh ditemui dalam setiap kuda di Eropah.

Jenis Baka : Fleuve
Negara : Senegal
Kegunaan : Sukan berkuda
Catatan : Kuda ini berasal dari Senegal Afrika Barat. Ia merupakan
kuda yang terhasil daripada campuran kuda Barb dan kuda
tempatan.

Jenis Baka : Fouta
Negara : Senegal
Kegunaan : Tiada maklumat
Catatan : Kuda ini telah dibiakkan di daerah Baol, Senegal, Afrika
Barat. Kuda ini merupakan hasil kacukan kuda Fleuve &
M’Bayar.

Jenis Baka : Français Selle
Negara : Perancis
Kegunaan : Sukan berkuda
Kuda persembahan
Kuda riadah
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Cheval Demi. Ia telah
dibiakkan secara turun temurun dengan menggunakan baka terpilih sahaja. Tujuan asal pembiakannya adalah untuk menghasilkan kuda yang berkualiti dalam acara sukan berkuda. Kuda Thoroughbreds, Arab, Anglo-Arab dan Anglo-Norman telah dikacukkan dengan kuda ini untuk menghasilkan kuda Francis Selle yang lebih baik.

Jenis Baka : Frederiksborg
Negara : Denmark
Kegunaan : Kuda latihan
Kuda pengangkutan
Catatan : Kuda ini merupakan sebahagian daripada sejarah Denmark
itu sendiri. Tujuan asal kuda ini dibiakkan adalah untuk
menarik pedati diraja Denmark. Disebabkan tujuan
tersebut, kuda ini telah dibiakkan dengan saiz dan warna
yang sama. Disebabkan kelebihan ini, kuda Frederiksborg
telah dijadikan baka kepada kebanyakan kuda di Eropah.
Pada tahun 1939, kuda Friesian, Oldenburg dan kuda Arab
telah dikacuKkan dengan kuda ini untuk menghasilkan kuda Frederiksborg yang lebih baik.

Jenis Baka : Freiberg
Negara : Switzerland
Kegunaan : Kuda pedati
Kuda riadah
Pengangkutan
Kuda tentera
Terapi kuda
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Franches Montagnes,
Freiberger & Jura. Kuda ini dibiakkan di Switzerland pada
akhir abad ke-19. Kuda ini memainkan peranan yang
sangat penting semasa era Perang Dunia.

Jenis Baka : Friesian
Negara : Belanda
Kegunaan : Kuda pedati
Pengangkutan
Kuda persembahan
Kuda pertanian
Catatan : Kuda ini terkenal dengan pergerakan yang menarik selain
mempunyai kelasakan di ladang pertanian. Sebelum ini,
tentera Belanda telah menggunakannya dalam banyak
pertempuran. Semasa abad ke-18 dan ke-19, kuda ini
hanya boleh didapati di wilayah Friesland.

Jenis Baka : Furioso
Negara : Romania
Kegunaan : Kuda pedati
Kuda pengangkutan
Kuda pertunjukan
Catatan : Kuda ini berkembang biak di Hungary pada akhir abad ke-
18. Hasil pembiakan yang teratur, kuda jenis ini sekarang
mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai acara sukan
berkuda.
Sumber : /www.theequinest.com

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak