may Allah Bless you

Monday 7 May 2012

BAKA- BAKA KUDA HURUF A



Jenis Baka : Abaco
Negara : Bahamas
Kegunaan : Haiwan liar
Catatan : Berdasarkan kepada keterangan penduduk setempat,
kepulauan Bahamas memang memiliki kawanan kuda liar
yang hidup bebas. Pada tahun 1998, ciri-ciri unik baka
kuda Abaco ini telah mendorong kemunculan baka kuda
yang baru dikenali tetapi mempunyai latar belakang yang
misteri.

Jenis Baka : Abtenauer
Negara : Austria
Kegunaan : Membantu kerja pertanian
Sebagai tunggangan seharian
Catatan : Kuda Abtenauer berasal dari lembah terpencil Abtenau,
Austria. Baka kuda ini biasanya menghabiskan hayatnya dengan hidup liar meragut rumput di kawasan pergunungan Austria. Sejak dari lahir anak-anak kuda ini telah dibesarkan dalam suasana yang sukar dan mencabar sehingga menjadikannya lasak dan bertenaga. Kuda ini juga memiliki saiz yang kecil namun memiliki kekuatan yang mengagumkan sehingga seolah-olah tidak sepadan dengan bentuk dan saiz tubuhnya.

Jenis Baka : Abstang
Negara : Amerika
Kegunaan : Digunakan untuk acara endurance
Pertunjukan berkuda
Kuda untuk tujuan riadah
Catatan : Pada awal 1990-an, Michelle Brown dari Utah telah cuba
mencipta baka kuda baru dengan menggabungkan baka
kuda Mustang dengan baka kuda Arab. Hasil daripada
idea ini, beliau telah berjaya menghasilkan seekor kuda
yang menarik. Kuda Abstang merupakan seekor haiwan
yang bertenaga dan amat jinak untuk ditunggang. Baka
kuda ini kemudiannya didaftarkan pada 1993 dan
seterusnya melahirkan generasi kuda baru.

Jenis Baka : Adaev
Negara : Kazakhstan
Kegunaan : Mengembala ternakan seperti lembu dan kambing
Kuda tunggangan
Menarik kereta kuda
Sumber bekalan daging
Sumber bekalan susu
Catatan : Sumber bahan untuk menghasilkan produk susu tempatan iaitu koumiss. Ia merupakan sejenis kuda yang dibiakkan khusus untuk tunggangan. Suatu masa dahulu, baka kuda ini sukar ditemui dalam jumlah yang besar. Hanya pada tahun 1980-an, baka kuda ini mula dibiakkan dengan giat untuk tujuan tunggangan. Kuda ini mewarisi DNA kuda Don dan DNA baka kuda Kazakhtan. Selain itu juga, kuda ini turut memiliki DNA kuda Orlov Trotter dan menjadikan ia antara kuda yang sesuai dijadikan kuda tunggangan harian. Walau bagaimanapun, kuda ini tidak sesuai untuk digunakan dalam iklim dan bentuk muka bumi mencabar seperti Kazakhtan.

Jenis Baka : Aegidienberger
Negara : Jerman
Kegunaan : Aktiviti rekreasi berkuda
Tenaga kerja pertanian
Catatan : Kuda ini merupakan hasil usaha Walter Feldman yang
menggabungkan kuda Paso Peru dan Kuda Iceland Hardy.
Hasil gabungan dua DNA kuda ini, ia telah melahirkan kuda Aegidienberger dan hanya mula dikenali dalam kalangan baka kuda pada tahun 1994. Kuda yang terhasil dari gabungan ini mempunyai saiz yang lebih besar serta langkah yang lebih stabil. Kuda ini juga mampu menyesuaikan diri dengan musim sejuk dan iklim suhu rendah.

Jenis Baka : Akhal-Teke
Negara : Turkmenistan
Kegunaan : Tunggangan harian
Pertunjukan berkuda
Sukan berkuda
Catatan : Mempunyai penampilan yang menarik dengan warna bulu
yang berkilauan. Kuda ini mudah dikenali kerana
mempunyai bentuk yang unik. Secara umumnya, alam
seolah-olah telah melahirkan kuda ini untuk menghadapi
cabaran alam yang sukar dan mencabar. Kuda ini berasal
dari keturunan kuda kuno Scythian. Kuda ini pada
asalnya dibiakkan oleh masyarakat nomad dan dianggap
bernilai tinggi. Kebolehan kuda ini yang bergerak tangkas, memiliki kepantasan yang mengagumkan dan ketabahan berjuang mengharungi bentuk muka bumi yang sukar menjadikan ia pengangkutan paling sesuai untuk tujuan peperangan. Seringkali masyarakat nomad Teke menganggap kuda Akhal-teke ini adalah sebahagian daripada keluarga mereka.

Jenis Baka : Albanian
Negara : Albania
Kegunaan : Pengangkutan harian
Untuk kerja kargo
Catatan : Kuda Albania boleh dikelompokkan kepada kuda gunung dan kuda dataran. Kuda Albania dipercayai mewarisi DNA kuda Arab, Tarpan dan Turkmenistan. Kuda ini dibiakkan untuk memenuhi keperluan pengangkutan serta pertanian dan dibiakkan dengan lebih sistematik pada tahun 1990. Kini, jumlah kuda ini telah mencapai jumlah yang besar dan mudah ditemui dimana-mana.

Jenis Baka : Altai
Negara : Russia
Kegunaan : Sumber bekalan daging
Pengangkutan harian
Mengangkut kargo
Catatan : Kuda ini merupakan salah satu dari keturunan kuda kuno
Siberia. Kuda Altai ini telah membiak sepanjang kurun
yang lalu dan amat berguna kepada suku kaum setempat.
Kuda ini mendapat namanya dari gunung Altai di
kawasan Siberia Selatan. Kuda ini amat sesuai
melaksanakan tugasan di kawasan pergunungan dan
merentasi sungai yang memiliki arus deras.
Kuda ini kemudiannya telah dibiakkan dengan baka kuda
lain. Namun, usaha yang bersungguh untuk
mempertahankan kemurnian kuda Altai ini masih tetap
dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Jenis Baka : Alter Real
Negara : Portugal
Kegunaan : Perbarisan
Pertujukan
Aktiviti rekreasi
Menarik pedati kuda
Catatan : Kuda Alter berasal dari kuda Alter Do Chao yang banyak
dibiakkan di sebuah bandar kecil dalam wilayah Alentejo,
Portugal. Real bermaksud raja dalam bahasa Portugal.
Kuda ini banyak digunakan untuk menarik kereta kuda.
Pengaruh kuda ini dapat dilihat pada kuda Andalusia.

Jenis Baka : Altwurttemberg
Negara : Jerman
Kegunaan : Sukan berkuda
Catatan : Kuda ini telah dibiakkan di Jerman oleh Putera Wurttemberg tanpa tujuan yang jelas. Kuda ini dihasilkan melalui gabungan kuda Thoroughbreds, Holsteins dan Oldenburgs. Kuda ini mempunyai penampilan yang menarik dan kekuatan yang mengagumkan tetapi tidak begitu dihargai.
Sumber : /www.theequinest.com

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak