may Allah Bless you

Tuesday 8 May 2012

BAKA KUDA HURUF W


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (W)

Jenis Baka : Waler
Negara : Australia
Kegunaan : Pengangkutan
Pasukan tentera
Catatan : Kuda ini telah dihasilkan pada tahun 1846 New South
Wales dan dikenali sebagai waler. Kuda ini sebenarnya
telah pupus. Kuda yang pertama dibawa ke Australia ialah
pada 300 tahun yang lalu.Kemudiannya kuda-kuda yang
hidup sehingga kini dan dapat menyesuaikkan diri dengan
persekitaran dianggap sebagai Waler.

Jenis Baka : Westphalian
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Kuda pertunjukan
Kuda sukan
Catatan : Kuda ini berasal dari Westphalia Jerman. Pada peringkat
awal ia dibiakan adalah untuk keperluan industri
pertanian yang meningkat. Kemudiannya ia dikacukan
dengan baka Hanoverian bagi menghasilkan kuda yang
sesuai untuk sukan berkuda.

Jenis Baka : Wielkopolski
Negara : Poland
Kegunaan : Pengangkutan
Sukan berkuda
Pertunjukan
Catatan : Kuda ini telah menerima pengaruh Arab dan Anglo-Arab
untuk menjadikannya lebih berkualiti.

Jenis Baka : Württemberger
Negara : Jerman
Kegunaan : Pengangkutan
Sukan berkuda
Kuda latihan
Catatan : Kuda ini berasal dari Wurttemberger Jerman dan mula
dibiakan pada abad ke 16. Kuda ini telah menerima
pengaruh pelbagai jenis kuda terbaik. Hasilnya kuda ini
mampu menjadi kuda yang cukup kuat melaksanakan kerja-
kerja ladang dan cukup anggun untuk dijadikan sebagai
haiwan tunggangan bangsawan.

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak