may Allah Bless you

Thursday 10 May 2012

BAKA KUDA HURUF E


Ini merupakan sebahagian daripada kuda yang bermula dari huruf (E)


Jenis Baka : Einsiedler
Negara : Switzerland
Kegunaan : Kuda tunggangan
Kuda pedati
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai Halfbred Switzerland. Kuda
ini pada asalnya dibiakkan di Biara Benedictine Einsiedeln
pada tahun 1064. Pada masa lalu, kuda-kuda ini biasanya
digunakan sebagai kuda perang untuk tentera
Switzerland. Kuda ini popular kerana mempunyai ciri-ciri
fleksibeliti yang baik.

Jenis Baka : Eriskay
Negara : Scotland
Kegunaan : Kuda pengangkutan
Kuda persembahan
Kuda pedati
Kuda Terapi
Catatan : Kuda ini merupakan kuda yang benar-benar tulen tanpa
pengaruh kuda lain. Ia boleh ditemui di kepulauan Hebrides, Scotland.

Jenis Baka : Erlenbach
Negara : Switzerland
Kegunaan : Tiada Maklumat
Catatan : Kuda ini dipercayai telah pupus di Switzerland pada abad
ke-18. Namun, kuda ini sangat dikenali di seluruh Eropah
sebagai kuda pedati terbaik terutamanya semasa era Revolusi Perancis.

Jenis Baka : Erlunchun
Negara : China
Kegunaan : Kuda untuk memburu
Kuda riadah
Kuda pengangkutan
Pengangkut barang
Catatan : Kuda ini pada awalnya dibiakkan untuk kegunaan tentera
China selain untuk tujuan memburu. Ia berkebolehan bergerak di pelbagai laluan dan bentuk muka bumi. Kuda ini mempunyai pengaruh kuda Mongol yang kuat. Ia mampu bergerak dalam jarak yang jauh selain mudah dijaga tanpa perlu pengawasan rapi seperti sesetengah kuda.

Jenis Baka : Esperia
Negara : Itali
Kegunaan : Mengangkut barang
Kuda persembahan
Catatan : Kuda ini mempunyai langkah yang besar dan sering
digunakan untuk aktiviti sukan kuda. Baron Ambrogio di
Esperia telah membiakkan kuda ini dengan beberapa ekor
kuda dari Turki. Kuda ini hampir pupus semasa Perang
Dunia II kerana dijadikan sebagai sumber makanan.

Jenis Baka : Estonia
Negara : Estonia
Kegunaan : Kuda pertanian
Kuda tunggangan
Digunakan untuk pembakaan kuda lain
Catatan : Kuda ini turut dikenali sebagai kuda Klepper. Ia merupakan
salah satu kuda yang memiliki ciri-ciri kuda utara. Kuda ini
dipercayai telah dibawa masuk oleh orang-orang Rusia
pada awal abad ke-14 dan awal abad ke-15 sebelum
tersebar ke seluruh Estonia.

Jenis Baka : Exmoor
Negara : Inggeris
Kegunaan : Kuda untuk mengembala ternakan
Kuda untuk aktiviti pertanian
Kuda pedati
Kuda perarakan
Kuda untuk jarak jauh
Catatan : Kuda ini mempunyai ciri-ciri kuda kuno. Ia dipercayai telah
wujud di dunia sejak dari zaman ais. Kuda ini mempunyai
pengaruh kuda Celtic. Kuda ini boleh dijinakkan tetapi
kebiasaannya kekal sebagai kuda liar yang agresif.
Sumber : /www.theequinest.com

No comments:

Post a Comment

nama anak-anak